Monday, 7 January 2013

Jangan Ambil Enteng Hal Ini!

Assalamu'alaikum...

setelah lebih kurang tambah tolak 2 bulan blog ini ditinggalkan,
kini,  ia kembali dicoretkan dengan titisan dakwat...

entry kali ini berkaitan cara pemakaian...
mungkin ramai yang mengatakan bahawa, topic ini agak ketinggalan zaman mahupun sudah acap kali diutarakan... 
namun, adakah kita semua begitu mengerti tentang cara pemakaian mengikut syara'?
Sudah semestinya etika berpakaian dalam Islam adalah dengan memenuhi syarat2 menutup aurat...

Apakah syarat2 nya?

Lelaki

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
-         Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

Perempuan

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-         Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
-         Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-         Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

-         Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”



Tidak dinafikan, jika ditanya kepada generasi sekarang,
ramai yang tahu akan syarat2 yang telah ditetapkan oleh Islam...
Namun, adakah kita mengambilnya secara serius?
Tepuk dada, tanya IMAN...

dari pemerhatian yang diperolehi, 
generasi masa kini lebih tertarik dengan fesyen2 moden...
rasanya tidak perlu dinyatakan fesyen yang bagaimana,
saya yakin anda semua arif dalam bab ini...

sebenarnya,
ISLAM menetapkan syarat2 berpakaian bagi ikhwah dan juga akhowat ini sebagai langkah terbaik untuk memelihara maruah kita...
terutamanya kepada golongan akhowat...


Dengan tertutupnya aurat kita dengan sempurna,
InsyaAllah, kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku...
Jika ia tetap berlaku, mungkin itu semua perancangan Allah...
atleast kita berusaha menjaga dan melindunginya...

Anggota tubuh kita ini adalah salah satu nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita...
Ia merupakan pinjaman sementara buat kita...
Sepatutnya kita mesti menjaga amanah ini sebaik mungkin...
Wallau'alam...

entry ini bukan untuk menyatakan diri sy sudah sempurna berpakaian mengikut syara'..
InsyaALLAH, saya juga ke arah jalan itu...
sejujurnya, sy rasa malu dan hina jika berpakaian yang menjolok mata...
Sy harap, kita dapat sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik..
InsyaAllah...

Hidayah itu tidak akan sampai kepada seseorang itu jika kita hanya berdiam diri tanpa usaha...
Jom Hijrah!
Anda mampu mengubahnya!

#trustyourself#