Thursday, 24 May 2012

Apa itu Zina hati?

Cinta sejati hanyalah dengan Cinta HAKIKI...

" bermula dengan ruangan komunikasi di alam maya...
chatting di facebook, twitter,friendster dan sebagainya...
bertukar menjadi mesej berbentuk nasihat dan perhatian...
upgrade sikit, dengan membuat temujanji untuk bertemu..
makan angin dan diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA "


ZINA bukan  kesudahan..
tetapi.. ZINA ialah permulaan.. iaitu najiz maksiat...

Zina sebenarnya bermula dengan hati yang suci...
Impak daripada rasa sayang dan cinta yang telah sebati dengan NAFSU,
fitrah cinta itu bertukar kepada daerah kegelapan...
Hari demi hari hati diselubungi bintik2 dosa dan noda yang berpaksikan sifat2 MAZMUMAH...


ZINA HATI...

Zina hati,sebenarnya mengkhayalkan zina di alam imiginasi kita.. 
tetapi zina ini adalah apabila kita tidak dapat mengawal perasaan cinta kita dengan melakukan perkara-pekara yang mendekati zina tetapi maih belum melakukan zina..
Ia melalui pelbagai medium... contohnya, telefon, YM, SMS dan sebagainya...
maksudnya, ia tidak semestinya manusia itu bercouple dan bersentuh tangan, atau keluar bedua-duaan
tetapi ia terjadi kesan daripada kita sering berhubung dan akhirnya menimbulkan satu perasaan di dalam hati sehingga menggangu kesucian jiwa kita..

zina berbentuk ini biasanya berlaku jika kita tidak menjaga hubungan sesama kita..
Namun, ia juga boleh berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cintai atau ADMIRE.. ini semua adalah lorong2 ke arah berlakunya zina hati...

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : 
"Janganlah kamu mendekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan keji dan itu adalah perbuatan buruk" (al-Israa' 12:32)


ayat di atas bermaksud JANGAN MENDEKATI, bukan jangan buat...
kiranya nak dekat pon tak boleh, apa lagi buat...]
~PREVENTION IS BETTER THAN CURE~

Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.}

Kita akan sentiasa memandang atau jika tidak memandang, melalui FON contohnya,
dengan itu kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang kadangkala kita sengaja berlebih lebihan dalam berbicara... atau kemungkinan suara saja kita dayukan bila berbicara dengannya...
semua ini menganggu hati... walau teknik calling, sms, email, chatting itu tidak bersemuka wajah,

bersentuh kulit tetapi ia tetap menggangu hati... Dan berkemungkinan sebelum tidue dan ketika duduk berangan, kita akan terbayang2 terlebih dahulu akan pasangan kita...
kita juga akan hilang fokus belajar mahupun kerja... malah yang lebih dikhuatiri,
kita akan mengingatinya walaupun di dalam waktu solat dan membaca al quran..
dismping itu, kita akan lebih membazir masa dan wang...



astaghfirullahal'azim..

Apabila kita asyik meningati pasangan kita,berfikir tentangnya dan sebagainya...
ia sedikit sebanyak mengorak bintik2 hitam pada hati kita...