Wednesday, 8 October 2014

SLM 1.0 (PART 2)

....................................................................................................................

Jom sambung sembang2 pasal SLM 1.0 nih...

DAY 3

Hari kami diceriakan lagi dengan breakfast by umi(makcik aida)
masakan makcik aida, urmmm gitu! sedap!
maklumlah makcik aida ni dulunya chef!
terbaik!

okay, planning kami asalnya nak gerak dalam kol 8 dari Umbai ke Afamosa...
tapi disebabkan hujan, kami drag sejam.. 
makanya, kami bergerak dalam jam 9 dan sampai aroun 10 pagi. InshaAllah...

Sesampai di Afamosa, kami terus menuju ke Waterpark...
Dikaunter, sha yang lead untuk beli tiket.. beli combo punya (waterpark dan oldwest)
macam sha, waterpark ni dah biasa dah. tapi oldwest first time..
Disebabkan kami pergi weekdays, harga tiket dia murah sikit dari weekend. 
yang combo ni total rm65 per person... not badlah sebab waterpark dia provide lunch...
Before kami semua terjun ke air, let us take a wefie first!
DAY 3: wefie with le baby purple!


 DAY 3: under water
DAY 3: infront of Big Ice Cream
Setelah berpenat lelah bermandi manda, kami pulang ke kampung sha untuk rest dan bersihkan diri kejap.. kampung sha ekat je dengan Afamosa ni. dalam10 minit gitu..

Okay, next, kami pulang ke rumah tya di Bukit Piatu..
Sebab mak tya offer nak masakkan Tetal asam pedas dan beberapa masakan kampung (masakan melaka)
dekat rumah tya ni,yang menarik minat sha is lukisan kaligrafi by abg tya...
oh man, im fall in love with all creative2 things ni.. 




haa,cantikkan? kalau ada sesapa nak tempah ke as hadiah kawen ke ape sume, boleh lah contact abg faizal :)

kami stay dekat rumah tya sampai pukul 7 dan kami rushing back to Afamosa untuk pegi ke OLDWEST... first time nih pergi oldwest!
Sebelum ni tgk tepi jalan jehh.. haha...
kat oldwest ni ada Red Indian Show, dan macam2 lagi..

DAY 3 : Oldwest
DAY 3
DAY 3 : Red Indian show! ohsem!
 DAY 3 :Aishah yang berani dengan ular :P
 DAY 3 : show time!
 DAY 3 : Red Indian show
 DAY 3 
 DAY 3
 DAY 3 : aida with le host
 DAY 3: Bunga api show!

...............................end of Day 3...............................

DAY 4TH

we start our day with breakfast at Pantai Klebang! Breakfast dalam khemah haa!
 Then, cycling at Bandar hilir. naik basikal nyonya gitu! 
payah jugak nak kawal basikal ni walaupun sha dlu jaguh berbasikal.haaa
first time naik basikal dengan round bandar hilir... Basikal ni sewa dekat, fees dia murah je
RM 3 per hour.. okay lah kan..

DAY 4 : cycling around bandar hilir!

DAY 4 : location bandar hilir area
 DAY 4 : Bandar hilir ni banyak jugak bangunan yang ada lukisan cantik2

 DAY 4 : singgah makan rojak tepi sungai melaka
DAY 4

Setelah berpenat lelah bercycling, rugi lah kalau mai melaka tak pergi tengok Kota Afamosa...
tak jauh pon, dekat ngn Dataran Pahlawan... 
Pergi lawat Kota Afamosa kejap, then Photoshoot dekat padang DP yang rumput dia tajam2 tu :(

 DAY 4 : in front of Kota Afamosa

DAY 4 : Jalan2 DP

on the way nak balik rumah nabillah di klebang, kami singgah merasa coconut shake klebang!
Rugilah mai melaka tak rasa coconut shake klebang nih! famous ni!
and we take a rest for tonite session which is bbq at Pantai Klebang...

Before ke Pantai klebang, semua anak2 dara ni prepare lah sikit makanan untuk dibawa ber-bbq..
(Nasi Goreng, Coslow, Mashed potato, cheesekuit)
tiba di sana, kami pon set up lah alat2 nak bbq... almaklumlah takde lelaki nak tolong set up.
nak bbq pon tenaga lelaki takde. makanya, kami pon bertukus lumus set up by our own.
berjaya tau! jangan pandang sebelah mata aje! 
DAY 4 : Preptech sedang pasang khemah!
DAY 4 : BBQ time!

end of our trip SLM 1.0.
Planning for next trip! InshaAllah soon...
Maaf salah silap bercerita dari sha. Thanks for reading guys!

#SLM1.0 #CantikIkatTepi #DontMessWithMelaka #GengkuBukanGengmu #ukhwahfillah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: