Wednesday, 9 January 2013

Keberkatan ?

assalamu'alaikum...

antum antumna semua agak kenapa title entry kali ni berkaitan KEBERKATAN ?

tajuk nampak agak general...
actually, entry kali ini lebih berfokuskan tentang KEBERKATAN daripada seorg IBU buat anaknya...

apa yang kita sedia maklum, 
KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBUBAPA...
begitu juga keberkatan...
InsyaAllah, jika ibubapa redha, berkatlah setiap tindak tanduk kita..



act juz nak share serbe serbi pengalaman yang dah dilalui...
bukan nak buka aib mahupun nak cari publisiti ataupun reka cerita..
tapi ini realiti dan harap sama2 kita ambil sebagai pengajaran...

em, act dahulunya sy seorang remaja yang nakal...
 jenis yang sukar nak trima nasihat org, 
act bukan sukar tapi tegur biar kne pada caranya... 
REMAJA kan?
zaman membangun dan memberontak... lagi dikongkong lagi dibuatnya...

atas apa yang telah berlaku ke atas diri sy, 
alhamdulillah serba sedikit menyedarkan  sy dan juga mematangkan diri...
mungkin itu cara Allah tunjukkan kasih sayangNYA kat sy...

bagi sahabat2 yg sedia mklom, 
sy pernah mengalami kemalangan 2tahun lepas... 
dengan kemalangan itu ada baik dan buruknya...
sebelum kmlgn berlaku, hajat dihati nak sangat rasa camne keadaan org yang masuk hospital...
alhamdulillah ALLAH makbulkan permintaan sy...
tapi ALLAH bagi sy yang high class punya ...
yang buruknya, sebelum sy kluar, mama dah pesan awal2 jangan merayau...
sbb dia tau anak dia ni nakal mungkin...
act tujuan keluar tu baik sbb nak beli buku SPM dan hadiah hari guru tok cikgu dan mama...
tpi xda keberkatan ibubapa...
so, Allah bg pengajaran time tu jugak...
Alhamdulillah...
dengan kemalangan itu serbe sedikit mberikan kesedaran kepada sy betapa pentingnya keberkatan dr seorg ibu buat anaknya...
kata2 dan juga doa ibu adalah yang terbaik...
direct diangkat kepada SANG PENCIPTA...

mulai saat itu,
sy mula sedar dan serba sedikit mengubah diri ke jalan yang diredhai...
INSYAALLAH...

entry ini bukan nak minta belas kasihan atau umpatan,
tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman yang telah dialami...

harap lepas ni,
jika kita ingin lakukan sesuatu, make sure kita dapat kebenaran daripada ibu bapa kita..
insyaallah, jika ibu berkati,
hidup kita akan dirahmati...


~aku hanya insan yang sedang berhijrah~

---walahu'alam----

Monday, 7 January 2013

Jangan Ambil Enteng Hal Ini!

Assalamu'alaikum...

setelah lebih kurang tambah tolak 2 bulan blog ini ditinggalkan,
kini,  ia kembali dicoretkan dengan titisan dakwat...

entry kali ini berkaitan cara pemakaian...
mungkin ramai yang mengatakan bahawa, topic ini agak ketinggalan zaman mahupun sudah acap kali diutarakan... 
namun, adakah kita semua begitu mengerti tentang cara pemakaian mengikut syara'?
Sudah semestinya etika berpakaian dalam Islam adalah dengan memenuhi syarat2 menutup aurat...

Apakah syarat2 nya?

Lelaki

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
-         Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

Perempuan

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-         Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
-         Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-         Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

-         Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”



Tidak dinafikan, jika ditanya kepada generasi sekarang,
ramai yang tahu akan syarat2 yang telah ditetapkan oleh Islam...
Namun, adakah kita mengambilnya secara serius?
Tepuk dada, tanya IMAN...

dari pemerhatian yang diperolehi, 
generasi masa kini lebih tertarik dengan fesyen2 moden...
rasanya tidak perlu dinyatakan fesyen yang bagaimana,
saya yakin anda semua arif dalam bab ini...

sebenarnya,
ISLAM menetapkan syarat2 berpakaian bagi ikhwah dan juga akhowat ini sebagai langkah terbaik untuk memelihara maruah kita...
terutamanya kepada golongan akhowat...


Dengan tertutupnya aurat kita dengan sempurna,
InsyaAllah, kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku...
Jika ia tetap berlaku, mungkin itu semua perancangan Allah...
atleast kita berusaha menjaga dan melindunginya...

Anggota tubuh kita ini adalah salah satu nikmat yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita...
Ia merupakan pinjaman sementara buat kita...
Sepatutnya kita mesti menjaga amanah ini sebaik mungkin...
Wallau'alam...

entry ini bukan untuk menyatakan diri sy sudah sempurna berpakaian mengikut syara'..
InsyaALLAH, saya juga ke arah jalan itu...
sejujurnya, sy rasa malu dan hina jika berpakaian yang menjolok mata...
Sy harap, kita dapat sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik..
InsyaAllah...

Hidayah itu tidak akan sampai kepada seseorang itu jika kita hanya berdiam diri tanpa usaha...
Jom Hijrah!
Anda mampu mengubahnya!

#trustyourself#