Thursday, 1 November 2012

Tip Mencari Jodoh dan pelbagai cara meminang

Sekadar perkongsian serba sedikit tentang tips2 mencari jodoh:-



* Berusaha mempersiapkan diri

Biar jadi soleh dan solehah. Firman ALLAH SWT "
" Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(Surah An Nur 24:26)

*Duduk dalam lingkungan orang beriman

Nabi SAW meminang Aisyah daripada bapanya, teman baik baginda sendiri.
Abu Bakar meluahkan bahawa Rasulullah SAW sudah pun dianggap bagaikan darah dagingnya sendiri. 
Sabda nabi SAW, mafhumnya,
" Memang engkau adalah saudaraku dalam agama ALLAH, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku (menikahinya)."
(Sahih al Bukhari, 11, halaman 25, no 4691)

* Meminang terus kepada si wanita dengan perantaraan orang tengah

Tidak meminang melalui keluarganya. Biasanya dilakukan kepada janda. Ummu Salamah r.a berkata,
" Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat Baginda." 
(Muslim, Juz 3/halaman 37, no 1525)

* Wali menawarkan anak perempuannya  kepada orang-orang baik.

Imam Bukhari (al Sahih, juz 11, halaman 80) meriwayatkan perihal Umar al Khattab r.a. Apabila Hafsah bt Umar kematian suaminya Khunais. Selepas 'Iddah, Umar menawarkan Hafsah kepada Uthman al Affan dan apabila Uthman tidak bersedia, Umar menawarkan kepada Abu Bakar.

Imam Bukhari juga menyebut kisah di Madyan, di mana Syeikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada Musa a.s. Ada yang berkata Syeikh Madyan itu adalah Syu'aib a.s.( al Qasyasy: 27-28)

* Lelaki meminang perempuan melalui orang yang berpengaruh atau pemimpin dalam masyarakat.

Imam Bukhari Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW(untuk menjadi isteri Baginda atau untuk diuruskan) Tiba-tiba datang seorang sahabat dan meminta jasa baik Rasulullah SAW supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi.
 (Bukhari, juz 10, halaman 454, kitab Fadhail Quran, Muslim, Kitab Nikah 4/143)

* Wanita menawarkan dirinya kepada lelaki soleh

Imam Bukhari (a sahih, no 4726) meriwayatkan dari Tsabit al Bunnani bahawa ketika dia sedang bersama Rasulullah SAW yang turut ditemani Anas dan anak perempuannya. Tiba2, muncul seorang perempuan dan dia menawarkan  kepada Rasulullah SAW. Puteri Anas mencela perempuan itu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa itu lebih baik daripada dirinya(anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada Rasulullah SAW.

berkata al Hafiz dalam al Fath (11/79) maka hadis ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.

* Orang terhormat atau pemimpin pergi meminang untuk sahabatnya

Imam Ibn Hibban dalam kitab sahihnya (kitab an Nikah 9/365) meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa nabi SAW meminang wanita Ansar untuk Julaybib al Habsyi.

* Lelaki meminang secara sindiran kepada wanita 'Iddah.

(Rujuk surah Al Baqarah 2 : 235 )

Al Mujtahid Ibn Al Arabi (ahkamul Quran) beerkata, "Bahasa kiasan atau sindiran itu terbuka luas oleh syarak"

Imam Malik r.a berkata, "Boleh berkata: Aku berkenan padamu, aku suka padamu,aku kagum padamu, aku berhajat padamu "


2 comments:

Ayuni Khalib said...

Assalamualaikum.
Tips baik punya.Haha. pesan kawan saya pd kawannya yang nak kawin awal,"kalau awak rasa ni masanya untuk awak langkah setapak kedepan, make sure hak awak terhadap Allah, Rasulullah, parents, family, sahabat dan yang penting hak awak terhadap dakwah dan perjuangan Islam. Fikir fikirkanlah.''

love her word

R.Y.N.A.S Daughter... said...

wa'alaikumussalam.. alfun syukran atas perkongsian :)