Friday, 2 November 2012

SAHABAT


بسم الله الرحمن الرحيم


coretan kali ini ditujukan khas buat bestie dan juga sahabat sha...
moga hidup kalian dibawah rahmatNYA..
insyaAllah...


Dengan kasih Ilahi, DIA utuskan engkau sebagai sahabatku...
sebagai teman suka mahupun duka...
kau hadir disaat aku memerlukan...
Aku selalu ingin kau tahu bahawa, engkau adalah sebahagian dari kecintaanku kepadaNYA..
Aku ingin kau tahu bahawa, aku selalu ingin ada dalam doamu agar aku kakiku tetap dijalan Ilahi....
Aku ingin kau tahu dan faham bahawa, sahabatmu ini tersirat 1001 kelemahan mahupun kelebihan, 
yang terkadang mengukur garisan dihatimu...
Wahai sahabatku yang diredhai, maafkan aku atas segala kekhilafanku...
Mungkin sukar bagiku untuk menghilangkan ukiran yang telah aku pahatkan, namun aku ingin kau tahu
bahawa, aku senantiasa ada disisimu dikala susah dan senangmu...
KERANA
"PERSAHABATAN INI TERTAUT DEMI CINTA ILAHI"


Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata


Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa

Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & 

tersasar

Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan


Beraninya mengatasi pahlawan

Cintanya bukan pada gambaran

Rindunya bukan pada pertemuan




Sahabat yang soleh

Hatinya sarat dengan Iman

Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan
Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah 
persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak 
putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

  

Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi

InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 
Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri


Dari Abu Darda'a, Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
" Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberikan tugas mengucapkan:
"Semoga ALLAH mengabulkan dan untukmu juga seperti itu "
(Riwayat Muslim)



" The happy moment when you have found the person that will help you improve your DEEN  "




Thursday, 1 November 2012

Tip Mencari Jodoh dan pelbagai cara meminang

Sekadar perkongsian serba sedikit tentang tips2 mencari jodoh:-



* Berusaha mempersiapkan diri

Biar jadi soleh dan solehah. Firman ALLAH SWT "
" Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(Surah An Nur 24:26)

*Duduk dalam lingkungan orang beriman

Nabi SAW meminang Aisyah daripada bapanya, teman baik baginda sendiri.
Abu Bakar meluahkan bahawa Rasulullah SAW sudah pun dianggap bagaikan darah dagingnya sendiri. 
Sabda nabi SAW, mafhumnya,
" Memang engkau adalah saudaraku dalam agama ALLAH, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku (menikahinya)."
(Sahih al Bukhari, 11, halaman 25, no 4691)

* Meminang terus kepada si wanita dengan perantaraan orang tengah

Tidak meminang melalui keluarganya. Biasanya dilakukan kepada janda. Ummu Salamah r.a berkata,
" Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat Baginda." 
(Muslim, Juz 3/halaman 37, no 1525)

* Wali menawarkan anak perempuannya  kepada orang-orang baik.

Imam Bukhari (al Sahih, juz 11, halaman 80) meriwayatkan perihal Umar al Khattab r.a. Apabila Hafsah bt Umar kematian suaminya Khunais. Selepas 'Iddah, Umar menawarkan Hafsah kepada Uthman al Affan dan apabila Uthman tidak bersedia, Umar menawarkan kepada Abu Bakar.

Imam Bukhari juga menyebut kisah di Madyan, di mana Syeikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada Musa a.s. Ada yang berkata Syeikh Madyan itu adalah Syu'aib a.s.( al Qasyasy: 27-28)

* Lelaki meminang perempuan melalui orang yang berpengaruh atau pemimpin dalam masyarakat.

Imam Bukhari Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW(untuk menjadi isteri Baginda atau untuk diuruskan) Tiba-tiba datang seorang sahabat dan meminta jasa baik Rasulullah SAW supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi.
 (Bukhari, juz 10, halaman 454, kitab Fadhail Quran, Muslim, Kitab Nikah 4/143)

* Wanita menawarkan dirinya kepada lelaki soleh

Imam Bukhari (a sahih, no 4726) meriwayatkan dari Tsabit al Bunnani bahawa ketika dia sedang bersama Rasulullah SAW yang turut ditemani Anas dan anak perempuannya. Tiba2, muncul seorang perempuan dan dia menawarkan  kepada Rasulullah SAW. Puteri Anas mencela perempuan itu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa itu lebih baik daripada dirinya(anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada Rasulullah SAW.

berkata al Hafiz dalam al Fath (11/79) maka hadis ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.

* Orang terhormat atau pemimpin pergi meminang untuk sahabatnya

Imam Ibn Hibban dalam kitab sahihnya (kitab an Nikah 9/365) meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa nabi SAW meminang wanita Ansar untuk Julaybib al Habsyi.

* Lelaki meminang secara sindiran kepada wanita 'Iddah.

(Rujuk surah Al Baqarah 2 : 235 )

Al Mujtahid Ibn Al Arabi (ahkamul Quran) beerkata, "Bahasa kiasan atau sindiran itu terbuka luas oleh syarak"

Imam Malik r.a berkata, "Boleh berkata: Aku berkenan padamu, aku suka padamu,aku kagum padamu, aku berhajat padamu "