Tuesday, 30 October 2012

Ketika Hati Disapa Hidayah

Salam pembuka bicara buat semua...

Apa itu HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada ALLAH SWT..
tidak kira secara spontan mahupun melalui pembelajaran...
contohnya, daripada seorang yang kufur kepada seorang yang beriman dan mentaati perintah ALLAH..

Contohnya : Saidina Umar Al Khattab - 
Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.


Antara tanda2 orang beriman :

* Jiwa cenderung kepada AKHIRAT
* Benci akan maksiat.
* Sedia menghadapi mati

Iman kita pasang surut dek air pasang dilautan...
maka, kita harus berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hidayah.
dan kalau dah dapat tu, kenelah maintainkan..
sebab bukan semua orang boleh dapat..

"KALAU KAMU TAK BOLEH MENANGIS,BUAT2 LAH MENANGIS"
bagaimana? 
-kenang akan dosa
-berusaha menangis

Surah Ar rad ayat 11:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

usaha dengan berdoa agar Allah tak tarik kembali hidayah yang DIA berikan... 
kenapa kita perlu berusaha?
sebab kita tak tahu dimana tempat kita di akhirat kelak...

Surah AL IMRAN ayat 8 : 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."



Bagaimana nak kekalkan hidayah yang kita perolehi?
" Perbaiki diri kamu sementara kamu perbaiki diri orang lain"

Bagaimana nak ajak orang berhijrah?
- suasana Biah Solehah
- ada Murabbi (pendidik)
-Manhaj Robban 
*sistem yang diredhai Allah
* sumber yang sohih




3 comments:

Ayuni Khalib said...

InshAllah. :)

Muhammad Adam bin Roslan said...

terima kasih atas perkongisan :)

R.Y.N.A.S Daughter... said...

Ayuni : :)

Adam Roslan: afwan.. moga bermanfaat :)