Sunday, 12 February 2012

Sang ADAM dan Sang HAWA

...
ketika Adam berada di syurga,
apa sahaja yang ada di dalam syurga itu berupa nikmat!
Segala nikmat yang tidak pernah berkurang,namun Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian. 
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam di syurga.
Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampingnya dalam kesenangan yang tidak terkata itu.
Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian,
Adam turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi 
Indah. Namun, hatinya tidak juga tenteram. malah makin tertikam..
Tatkala, angin meniup sepoi-sepoi bahasa dan dedaun bergelek gemalai dan mendesirkan
suara sayup2,maka terkesanlah dihati Adam perasaan sayu.
Dirasakan seperti derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Tetapi, Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyian itu kepada Allah.
Allah maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam qalbu hambaNYA.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu
kepada Malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri...
Adam tidak berasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut.
Dan dengan kudrat Allah yang apabila Ia kehendaki terjadinya sesuatu,
cukup dengan berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai 
insan kedua penghuni syurga.Juga sebagai pelengkap
kurnia yang dianugerahkan kepada Adam. Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut, di atas sebuah tempat yang bertatahkan emes dan permata
manikam, sambil terpesona memandang wajah seorg lelaki kacak yang
sedang terbaring tidak jauh di depannya.
Butir2 fikiran dan perasaan yang bergelombangan dalam sanubari Hawa,
seolah2 merupakan arus elektrik yang datang mengetuk Qalbu Adam.
Ia langsung berasa seperti mimpi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam...
Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada sorg makhluk sprti dirinya tidak
jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam menggosokmatanya kerana tidak
percaya pada apayang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu sehera memalingkan badannya
seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampu manja, 
diiringi pandangan melirik dari udut mata yang nyata memberikan sinar harapan bagi sesiapa yang melihatnya... Sesungguhnya, mmg diciptakan Hawa itu 
dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! 
Ia dihiasi kecantikan, penuh lemah-lembut, dan kasih sayangm kesucian,
keibuan, dan segala sfat keperibadian yang terpuji.
Ia wanita tercantik yang menghiasi syurga.
Dan kecantikannya itu diwarisi turun temurun. an daripadanyalah maka ada kecantikan yang
diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya.

Adam tidak kurang hebatnya!
Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa sekecil kecacatan pada dirinya.
Kerana Adam itu makhluk yang diciptakan secara langsung dari Allah SWT 
tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki semuanya
terhimpun padanya. Dan kecantikan itu pulalah
sebagai anugerah Allah kepada makhlukNYA yang bergelar manusia...
Bahkan diriwayatkan kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan
dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata-kata yang paling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus2;
A...ku... a..ku...aku... dijadikan untukmu! Kata2 itu nikmat yang menambahkan
kemesraan Adam dan Hawa. Adam sedar bahawa nikmat itu
datang daripada Allah, dan cinta itu juga datang daripada Allah...
Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam...
Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta...

Diperintahkan kepada semua malaikat dilangit untuk berkumpul bersama2 dibawah pohon
"Syajarah Thuba' " menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa...
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman :
" Segala puji adalah kepunyaanKU, segala kebesaran adalah pakaianKU,
segala kemegahan adalah hiasanKU, dan segala makhluk adalah 
hambaKu dan dibawah kekuasaanKU...
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit an syurga bahawa
Aku menikahkan Hawa dengan Adam,
kedua-dua ciptaanKU dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya
bertahlil dan bertahmid kepadaKU!

subahanallah! Indahnya aturan Allah...
Ya Allah, aku mahu mencintai bakal zauj ku seperti Sang Hawa mencintai Adamnya...
Apabila aku mencintai seorang Adam, bermakna aku mencintai
Pencipta kepada Adam itu!
Ya Allah, kau bantulah aku untuk memperbaiki diri ku yang 
serba kekurangan ini sebelum KAU izinkan aku bertemu dengan Adamku...
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

No comments: