Sunday, 12 February 2012

Sang ADAM dan Sang HAWA

...
ketika Adam berada di syurga,
apa sahaja yang ada di dalam syurga itu berupa nikmat!
Segala nikmat yang tidak pernah berkurang,namun Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian. 
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam di syurga.
Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampingnya dalam kesenangan yang tidak terkata itu.
Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian,
Adam turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi 
Indah. Namun, hatinya tidak juga tenteram. malah makin tertikam..
Tatkala, angin meniup sepoi-sepoi bahasa dan dedaun bergelek gemalai dan mendesirkan
suara sayup2,maka terkesanlah dihati Adam perasaan sayu.
Dirasakan seperti derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Tetapi, Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyian itu kepada Allah.
Allah maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam qalbu hambaNYA.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu
kepada Malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri...
Adam tidak berasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut.
Dan dengan kudrat Allah yang apabila Ia kehendaki terjadinya sesuatu,
cukup dengan berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai 
insan kedua penghuni syurga.Juga sebagai pelengkap
kurnia yang dianugerahkan kepada Adam. Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut, di atas sebuah tempat yang bertatahkan emes dan permata
manikam, sambil terpesona memandang wajah seorg lelaki kacak yang
sedang terbaring tidak jauh di depannya.
Butir2 fikiran dan perasaan yang bergelombangan dalam sanubari Hawa,
seolah2 merupakan arus elektrik yang datang mengetuk Qalbu Adam.
Ia langsung berasa seperti mimpi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam...
Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada sorg makhluk sprti dirinya tidak
jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam menggosokmatanya kerana tidak
percaya pada apayang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu sehera memalingkan badannya
seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampu manja, 
diiringi pandangan melirik dari udut mata yang nyata memberikan sinar harapan bagi sesiapa yang melihatnya... Sesungguhnya, mmg diciptakan Hawa itu 
dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! 
Ia dihiasi kecantikan, penuh lemah-lembut, dan kasih sayangm kesucian,
keibuan, dan segala sfat keperibadian yang terpuji.
Ia wanita tercantik yang menghiasi syurga.
Dan kecantikannya itu diwarisi turun temurun. an daripadanyalah maka ada kecantikan yang
diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya.

Adam tidak kurang hebatnya!
Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa sekecil kecacatan pada dirinya.
Kerana Adam itu makhluk yang diciptakan secara langsung dari Allah SWT 
tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki semuanya
terhimpun padanya. Dan kecantikan itu pulalah
sebagai anugerah Allah kepada makhlukNYA yang bergelar manusia...
Bahkan diriwayatkan kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan
dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata-kata yang paling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus2;
A...ku... a..ku...aku... dijadikan untukmu! Kata2 itu nikmat yang menambahkan
kemesraan Adam dan Hawa. Adam sedar bahawa nikmat itu
datang daripada Allah, dan cinta itu juga datang daripada Allah...
Dengan mengenali cinta,makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam...
Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta...

Diperintahkan kepada semua malaikat dilangit untuk berkumpul bersama2 dibawah pohon
"Syajarah Thuba' " menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa...
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman :
" Segala puji adalah kepunyaanKU, segala kebesaran adalah pakaianKU,
segala kemegahan adalah hiasanKU, dan segala makhluk adalah 
hambaKu dan dibawah kekuasaanKU...
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit an syurga bahawa
Aku menikahkan Hawa dengan Adam,
kedua-dua ciptaanKU dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya
bertahlil dan bertahmid kepadaKU!

subahanallah! Indahnya aturan Allah...
Ya Allah, aku mahu mencintai bakal zauj ku seperti Sang Hawa mencintai Adamnya...
Apabila aku mencintai seorang Adam, bermakna aku mencintai
Pencipta kepada Adam itu!
Ya Allah, kau bantulah aku untuk memperbaiki diri ku yang 
serba kekurangan ini sebelum KAU izinkan aku bertemu dengan Adamku...
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Saturday, 11 February 2012

Didik anak-anak solat dengan cara yang berhikmah dan beri tempoh...

....
sepengetahuan kita, SOLAT itu adalah tiang agama kepada seluruh umat Islam...
melalui solat juga, kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah...
jika ingin memohon segala pertolongan,
mohonlah kepada Allah, iaitu pencipta kita dalam solat
insyaAllah...

Prophet SAW bersabda : 
" Didiklah anak-anak solat ketika umur mereka 7 tahun, dan rotanlah mereka jika
tidak melaksanakan solat ketika umur mereka 10 tahun"

yakni, baginda menyarankan bahawa kita haruslah mendidik anak-anak solat ketika umur mereka
mencecah 7 tahun, dan beri masa 3-4 hari untuk mereka prakts dan 
mengamalkannya...dan hukumlah mereka ketika berumur 10 tahun jika mengingkari...

tetapi, pada zaman kini,
kebanyakan ibubapa tidak mengamalkan apa yang disarankan oleh baginda..
tetapi mereka terus sahaja menghukum tanpa memberi tempoh kepada
anak-anak2...
sebaliknya, ada juga ibubapa langsung tidak mengambil berat
soal solat ini kepada anak-anak...
mereka hanya bergantung kepada didikan di sekolah sahaja...

sebagai contoh yang boleh sy terangkan berkaitan solat ni adalah
mengenai perasaan jatuh cinta...
orang yang bercinta ini datang dari pelbagai aspek...
xsemestinya mereka ni setaraf... mean, ada je si lelaki ni baik dan si sister agak sosial...
namun, jika mereka berhasrat untuk lebih serius dalam perhubungan ini,
si lelaki ini haruslah memainkan peranan untuk mengubah si sister tu...
for example, sister ni jenis yang pakai ketat2 dan freehair...
then, biasanya lelaki yang baik mesti inginkan isteri yang solehah kan?
then peranan si lelaki ni kne la try slow2 utk ubah sister tu...
tp dgn care berhikmah la... sebab seego mane sister tu,
kalau tegur baik2 insyaAllah hati dia akan lembut n doalah Allah berikannya hidayah...
lumrahnya, orang yang bercinta ni, 
mudah sikit untuk dinasihatkan oleh pasangan nya... myb sebab rasa sayang..
mYB... tapi si lelaki tu kene lah sabar dan bekorban sedikit ye...

ini juga perlu diaplikasikan kepada ibu bapa yang ingin mendidik anak2 mereka untuk solat
ajar mereka dahulu..beri tempoh dan setelah tamat tempoh, barulah boleh rotan...
tapi ibu bapa perlulah bersabar mendidik anak2...
anak2 ni anugerah dari Allah..mesti disygi bukan dibenci..hehe

perkara yang paling sukar dilakukan adalah mengubah seseorang...
i mean dari yang kurang baik kepada yang baiklah...
hehe... juz peringtan dan perkongsian bersama
wallahu'alam...

Thursday, 9 February 2012

renungan bersama...

....
" Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada
usaha yang seperti sia-sia...
Allah tahu betapa keras kau berusaha...
Ketika kau sudah menangis sekian lama...
dan hatimu masih terasa pedih...
Allah sudah menghitung air matamu...
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu...
Dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah sedang menunggu bersama denganmu...
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya...
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu...
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah sedang berbisik kepadamu...
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap
syukur, Allah telah memberimu rahmat...
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum kepadamu...
Ketika kau miliki untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap...
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar...
...