Friday, 2 November 2012

SAHABAT


بسم الله الرحمن الرحيم


coretan kali ini ditujukan khas buat bestie dan juga sahabat sha...
moga hidup kalian dibawah rahmatNYA..
insyaAllah...


Dengan kasih Ilahi, DIA utuskan engkau sebagai sahabatku...
sebagai teman suka mahupun duka...
kau hadir disaat aku memerlukan...
Aku selalu ingin kau tahu bahawa, engkau adalah sebahagian dari kecintaanku kepadaNYA..
Aku ingin kau tahu bahawa, aku selalu ingin ada dalam doamu agar aku kakiku tetap dijalan Ilahi....
Aku ingin kau tahu dan faham bahawa, sahabatmu ini tersirat 1001 kelemahan mahupun kelebihan, 
yang terkadang mengukur garisan dihatimu...
Wahai sahabatku yang diredhai, maafkan aku atas segala kekhilafanku...
Mungkin sukar bagiku untuk menghilangkan ukiran yang telah aku pahatkan, namun aku ingin kau tahu
bahawa, aku senantiasa ada disisimu dikala susah dan senangmu...
KERANA
"PERSAHABATAN INI TERTAUT DEMI CINTA ILAHI"


Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata


Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa

Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & 

tersasar

Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan


Beraninya mengatasi pahlawan

Cintanya bukan pada gambaran

Rindunya bukan pada pertemuan




Sahabat yang soleh

Hatinya sarat dengan Iman

Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan
Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah 
persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak 
putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

  

Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi

InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 
Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri


Dari Abu Darda'a, Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
" Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberikan tugas mengucapkan:
"Semoga ALLAH mengabulkan dan untukmu juga seperti itu "
(Riwayat Muslim)



" The happy moment when you have found the person that will help you improve your DEEN  "




Thursday, 1 November 2012

Tip Mencari Jodoh dan pelbagai cara meminang

Sekadar perkongsian serba sedikit tentang tips2 mencari jodoh:-



* Berusaha mempersiapkan diri

Biar jadi soleh dan solehah. Firman ALLAH SWT "
" Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
(Surah An Nur 24:26)

*Duduk dalam lingkungan orang beriman

Nabi SAW meminang Aisyah daripada bapanya, teman baik baginda sendiri.
Abu Bakar meluahkan bahawa Rasulullah SAW sudah pun dianggap bagaikan darah dagingnya sendiri. 
Sabda nabi SAW, mafhumnya,
" Memang engkau adalah saudaraku dalam agama ALLAH, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku (menikahinya)."
(Sahih al Bukhari, 11, halaman 25, no 4691)

* Meminang terus kepada si wanita dengan perantaraan orang tengah

Tidak meminang melalui keluarganya. Biasanya dilakukan kepada janda. Ummu Salamah r.a berkata,
" Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat Baginda." 
(Muslim, Juz 3/halaman 37, no 1525)

* Wali menawarkan anak perempuannya  kepada orang-orang baik.

Imam Bukhari (al Sahih, juz 11, halaman 80) meriwayatkan perihal Umar al Khattab r.a. Apabila Hafsah bt Umar kematian suaminya Khunais. Selepas 'Iddah, Umar menawarkan Hafsah kepada Uthman al Affan dan apabila Uthman tidak bersedia, Umar menawarkan kepada Abu Bakar.

Imam Bukhari juga menyebut kisah di Madyan, di mana Syeikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada Musa a.s. Ada yang berkata Syeikh Madyan itu adalah Syu'aib a.s.( al Qasyasy: 27-28)

* Lelaki meminang perempuan melalui orang yang berpengaruh atau pemimpin dalam masyarakat.

Imam Bukhari Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW(untuk menjadi isteri Baginda atau untuk diuruskan) Tiba-tiba datang seorang sahabat dan meminta jasa baik Rasulullah SAW supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi.
 (Bukhari, juz 10, halaman 454, kitab Fadhail Quran, Muslim, Kitab Nikah 4/143)

* Wanita menawarkan dirinya kepada lelaki soleh

Imam Bukhari (a sahih, no 4726) meriwayatkan dari Tsabit al Bunnani bahawa ketika dia sedang bersama Rasulullah SAW yang turut ditemani Anas dan anak perempuannya. Tiba2, muncul seorang perempuan dan dia menawarkan  kepada Rasulullah SAW. Puteri Anas mencela perempuan itu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa itu lebih baik daripada dirinya(anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada Rasulullah SAW.

berkata al Hafiz dalam al Fath (11/79) maka hadis ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.

* Orang terhormat atau pemimpin pergi meminang untuk sahabatnya

Imam Ibn Hibban dalam kitab sahihnya (kitab an Nikah 9/365) meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa nabi SAW meminang wanita Ansar untuk Julaybib al Habsyi.

* Lelaki meminang secara sindiran kepada wanita 'Iddah.

(Rujuk surah Al Baqarah 2 : 235 )

Al Mujtahid Ibn Al Arabi (ahkamul Quran) beerkata, "Bahasa kiasan atau sindiran itu terbuka luas oleh syarak"

Imam Malik r.a berkata, "Boleh berkata: Aku berkenan padamu, aku suka padamu,aku kagum padamu, aku berhajat padamu "


Tuesday, 30 October 2012

Ketika Hati Disapa Hidayah

Salam pembuka bicara buat semua...

Apa itu HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada ALLAH SWT..
tidak kira secara spontan mahupun melalui pembelajaran...
contohnya, daripada seorang yang kufur kepada seorang yang beriman dan mentaati perintah ALLAH..

Contohnya : Saidina Umar Al Khattab - 
Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.


Antara tanda2 orang beriman :

* Jiwa cenderung kepada AKHIRAT
* Benci akan maksiat.
* Sedia menghadapi mati

Iman kita pasang surut dek air pasang dilautan...
maka, kita harus berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hidayah.
dan kalau dah dapat tu, kenelah maintainkan..
sebab bukan semua orang boleh dapat..

"KALAU KAMU TAK BOLEH MENANGIS,BUAT2 LAH MENANGIS"
bagaimana? 
-kenang akan dosa
-berusaha menangis

Surah Ar rad ayat 11:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

usaha dengan berdoa agar Allah tak tarik kembali hidayah yang DIA berikan... 
kenapa kita perlu berusaha?
sebab kita tak tahu dimana tempat kita di akhirat kelak...

Surah AL IMRAN ayat 8 : 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."



Bagaimana nak kekalkan hidayah yang kita perolehi?
" Perbaiki diri kamu sementara kamu perbaiki diri orang lain"

Bagaimana nak ajak orang berhijrah?
- suasana Biah Solehah
- ada Murabbi (pendidik)
-Manhaj Robban 
*sistem yang diredhai Allah
* sumber yang sohih




Wednesday, 25 July 2012

My 19th birthday...

Assalamu'alaikum..


3 Ramadhan bersamaan 23 JULAI 2012, merupakan hari yang bersejarah buat insan yang bernama
ShArina Farhanim bt Nor Sa'ari yang ke 19...
beribu2 kesyukuran diucapkan kepada ibubapa sha kerana telah berjaya mendidik dan menjaga sha selama ini... (insyaAllah, lps ni MFZ plak jaga )
tahun depan 20tahun... moga diberikan umur yang panjang agar dapat beribadah kepadaNYA...

okeyh, tambah tolak kol 12 dah mule org wish bagai...
sampai ada yang excited kot nak wish terwish 1day AWAL...
haha, budak skola rendah gua ni...
 terkejut gak insan yang sha dah lame lost contct wish, kiranye, dia masih ngat sha...
thank iwan n amin...


along pulak wish tambah tolak guna bahasa german...
nasib baik gua paham...hewhew...
syukran along... btw, hadiah balik ni jangan lupe..hehe

yang terharunya, mama ingat bday gua kali ini... hehe..suke...
kat mama sha saje demand nak hadiah..haha~
sekali sekala coz sha bukan jenis reti nak minta ape2...
alang2 bday uh, mintakan aje..hewhew...
sha minta mama jubah :)

ayah pulak terwish lambat sikit... haha~
atleast still ingat ahh kan...
haha... minggu ni balik nak pau ayah belanje...
even ayah cakap hadiah ayah nak dr sha iaitu result yang tbaik..hehe
thanks ayah for da support :)

tak lupe juga si ayep wish... ingat jugak kau kat bday angah ea...
mesti ingat sebab angah baru bg ayip hadiah bday minggu lepas padahal bday ayep 28/7 ni kan...
dapat advance present ea...

yang dekat fb tu xyah citaa lah...
adatkan, kalau bday org wish...bajet macam ingat kan padahal ada reminder bday...haha
apepon, thanks to all wisher :)
tpi malas deh nak screen capture...haha

hah,lupa pulak, si ust hadi nak bgi hadiah... tunggu aje..hewhew...
thanks a lot to someone yang wish bday bukan main panjang lagi.. 6page kot...
nak screen capture panjang sangat..hewhew...
btw thanks also for the choc n shoe:)
apprciate it!

btw, kan org dah ckp xyah membazir..org xnak pape hadiah ..
cukup sekadar doa yang baik buat org! err..nak kene ketok ni...
haha, tapi lawak a, kesian dy beli salah size then p tukar..kan nyusahkan diri nama nye :P hewhew
thanks !

xlupa juga for my dearest roomate, AISYAH bg card ngn love yang disulam sndiri..terharu *

next card yana bagi...
thanks a lot btw...

haha, nak dgr cite x... pada malam bday tu, dyorg dah plan nak baling tepung yang dibancuh ngn air kat sha...
kebetulan sha penat sgt... tini kejut pnye kejut mmg sha mls bgunn..lagipon dah tau..haha~
1st trial dyorg gagal...
2nd trial dyorg lepas kelas comp nak buat cmtu..skali tepung dyorg hilang letak bawah tangga...
makcik cleaner dah buat kek agaknye..haha
last depa guna air dcmpur2 dgn rumput n bga raya kot..haha
yang tu pun hampir ggl sbb sha cabut p library..just basah kat belakang baju je...
agak lencun lah..haha~
3trial dyoeg baru berjaya..
lepas buka kat makcik, otw balik mahallah,
skali izreen curah tepung kat sha..
haha... hampehh, dahlah tudung baru..hewheww.
btw, nice SUPRISE :p
mmg mandi tepung jagung lah gamaknye...
ni hasilnya...

terbaiklahh...
mama boleh kesian pulak sha kene gini..norml lah kene prank ni..haha~
btw, thnk jugak korunk for da cheesecake..
yeah, i love cheesecake :)
tpi sorry dah xda rupa sbb kek ni xcidnt :P

thanks a lots to all...
syg korunk.. kps sape2 yang xdimasukkan wish o hadiah ape bagai,
sorry... kalau nak masuk semua mmg xdan lahh..haha
okla...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YA KAREEM :)

wassalam...

Friday, 20 July 2012

Ramadhan datang lagi...

salam ketibaan bulan mulia yang ditunggu2..
Salam Ramadhan Al Mubarak...

AHLAN WASAHLAN Ya Ramdahan...


Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas...
InsyaAllah...
mari sama2 kita tanamkan azam dan listkan target yang kita nak capai sebelum habis
bulan yang mulia ini...
gunakan kesempatan Ramdahn kali ini untuk memperbaiki diri kita sebelum ini...
lakukan sebnyk mana ibadah wajib mahupon sunat..
lillahita'ala...
cuba khatamkan Alquran dalam bulan ini...
amalkan sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah...
moga istiqomah :)

perkara yang sha nak buat sebab before ni selalu miss is BERSAHUR...

Rasululah bersabda, Makanlah sahur, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan...
(Riwayat bukhri dan muslim)

Bersahurlah walaupun dengan seteguk air...( Riw Ibn hibban)

Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur..
(Riw Ahmad)


Ya ALLAH ya tuhanku, 
berkatikanlah kehidupan kami untuk beribadah pada Ramadhan kali ini...
Lindungi kanlah kami daripada segala bencana...
Berikanlah kesihatan yang baik dalam diri kami agar kami dapat beribadat kepadaMU...
panjangkanlah umur kami agar kami dapat bertaubat dan mendekatkan diri kepadaMU...
Ya ALLAH, berikanlah peluang kepada kami untuk bernafas pada bulan Ramadan ini ya allah...dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. 
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...


wallahhu'alam...

Wednesday, 20 June 2012

Registration Unit TAWE 2012...

assalamu'alaikum sahabat seantero dunia..

post kali ni just mencalitkan secebis memori mengenai tentang
pengalaman yang telah dialami semasa minggu TAWE...
mase apply tu, sha pilih registration, special task, dan pub pro..
but i got registration unit..

memula masuk, rase macam xbest je mcm unit IPTIM..
but, bile lame2 masuk alhamdulillah...
ukhwah yang terjalin itu terpalit dihati..
Head unit : MU'AZ JAMIL
Asst. : Amal Radzi..

wah, mantop sebab ramai gak FSCC dalam unit ni..
sha,kak kai, amal, muaz.br syaqil,bro pejo,br yin...
mule mase induction rase bosan..
sebab xberapa mencabar..
sebab sha suke kerja yang mencabar..
baru masukk..hehee
but alhamdulillah, selepas selesai bekerjasama selama 2minggu..
unit ni juga ad kngn yg indah dan best!
moto unit kami adalah KERAJINAN MENGATASI KEHANDALAN...
baik punye!
hee
unit regis from ECONSS... <sokmo buat bising>
regis UNIT...
i got diz candy and choc from my beloved president...
Thanks also be a good leader for us :)

moga ukhwah yang terjalin antara kite semua diberkati Allah..
insyaAllah..

Saturday, 16 June 2012

Gather IPTIM unit Transport

assalamualaikum

halo2n peeps!
 esp to all IPTIM unit gua.....
mungkin dah terlambat nak tulis pasal ni..
tp sha nak tulis gak sebab ni merupakan antara memori yang terindah buat sha...
mule2 kiteorg plan punye lah plan sampai komen dah jadi 500+...
last punye last plan dapat set tarikh on 28th MAY 2012, at TIMES SQUARE, after zohor...

act hari ni ada induction TAWE bagi semua committee TAWE..
tapi abg helos cakap keluar aje!.haahaa..
senior ajar tu ikut aje..haha~

br soleh dah gerak awal sebab katanye nak jmpe member dia..
sha,kak ikin,kak ainaaul,munira,ainnur gerak same dri PJ...
br afiq ngn br amnan pulak gerak same dr gombak...

memula sampai kami cari coolblog..
haha, punye lah susah nak cri.. act xberape gemar ngn TS..
kedudukan kedai dy xmenarik..HAHA~
then, bile budk dr gombak mari, pergi kat tempat bowling..
gather sane...skali dyorg lapa la pulak..
nak makan dulu..punye susah mau cri tempat makan..
last KFC jugak pilihan dyorg..hampeh!



gua snap pic dyorg makan..haha...
.amnan.soleh.afiq.munirah.

lepas makan kami p main bowling...
yang mainnye hanyelah ...
br soleh, br amnan,sha,munirah, kak ikin n kak ainaaul...


ini resultnye... dah la sha terjatuh..hampeh!
  malu kot mse jatuh uh..
tebalkn muke aje.. ag pulak mase uh sume pandang..
nak gelak pon ad..
gune reason demam la mse tu...
worse gile main haritu...
xpenah dpt 90..hampeh!
hihi :P

lepas main ni kiteorg p solat, after that cari hadiah...
sha dapat kak ainaaul..
bagi die frame.
tapi lawa lah frame tu..haha~
sha pulak Afiq yang dapat...
he gve me purse...
haha... terkejut awat dy beli bende ni..
mahal kot.. membazir je.. btw thanks a lot yaw!
hee..
same mcm purse  org yg tgh pakai ni...juz kaler je lain..haha
appriciate it!
len kali belanje lah lagi..wakakaa~

next, gather kat dgn 7e ke monorail...
tukar hadiah then tangkap PIC...


haha~
kenangan!
next time kite buat lagi ye..
mungkin mse 7thn akan dtg ke.. masing2 dah kawen, mesti lawak:P
hahaha!
oklah,, daa sume~
rindu member iptiim~



Thursday, 24 May 2012

Apa itu Zina hati?

Cinta sejati hanyalah dengan Cinta HAKIKI...

" bermula dengan ruangan komunikasi di alam maya...
chatting di facebook, twitter,friendster dan sebagainya...
bertukar menjadi mesej berbentuk nasihat dan perhatian...
upgrade sikit, dengan membuat temujanji untuk bertemu..
makan angin dan diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA "


ZINA bukan  kesudahan..
tetapi.. ZINA ialah permulaan.. iaitu najiz maksiat...

Zina sebenarnya bermula dengan hati yang suci...
Impak daripada rasa sayang dan cinta yang telah sebati dengan NAFSU,
fitrah cinta itu bertukar kepada daerah kegelapan...
Hari demi hari hati diselubungi bintik2 dosa dan noda yang berpaksikan sifat2 MAZMUMAH...


ZINA HATI...

Zina hati,sebenarnya mengkhayalkan zina di alam imiginasi kita.. 
tetapi zina ini adalah apabila kita tidak dapat mengawal perasaan cinta kita dengan melakukan perkara-pekara yang mendekati zina tetapi maih belum melakukan zina..
Ia melalui pelbagai medium... contohnya, telefon, YM, SMS dan sebagainya...
maksudnya, ia tidak semestinya manusia itu bercouple dan bersentuh tangan, atau keluar bedua-duaan
tetapi ia terjadi kesan daripada kita sering berhubung dan akhirnya menimbulkan satu perasaan di dalam hati sehingga menggangu kesucian jiwa kita..

zina berbentuk ini biasanya berlaku jika kita tidak menjaga hubungan sesama kita..
Namun, ia juga boleh berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cintai atau ADMIRE.. ini semua adalah lorong2 ke arah berlakunya zina hati...

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : 
"Janganlah kamu mendekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan keji dan itu adalah perbuatan buruk" (al-Israa' 12:32)


ayat di atas bermaksud JANGAN MENDEKATI, bukan jangan buat...
kiranya nak dekat pon tak boleh, apa lagi buat...]
~PREVENTION IS BETTER THAN CURE~

Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.}

Kita akan sentiasa memandang atau jika tidak memandang, melalui FON contohnya,
dengan itu kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang kadangkala kita sengaja berlebih lebihan dalam berbicara... atau kemungkinan suara saja kita dayukan bila berbicara dengannya...
semua ini menganggu hati... walau teknik calling, sms, email, chatting itu tidak bersemuka wajah,

bersentuh kulit tetapi ia tetap menggangu hati... Dan berkemungkinan sebelum tidue dan ketika duduk berangan, kita akan terbayang2 terlebih dahulu akan pasangan kita...
kita juga akan hilang fokus belajar mahupun kerja... malah yang lebih dikhuatiri,
kita akan mengingatinya walaupun di dalam waktu solat dan membaca al quran..
dismping itu, kita akan lebih membazir masa dan wang...



astaghfirullahal'azim..

Apabila kita asyik meningati pasangan kita,berfikir tentangnya dan sebagainya...
ia sedikit sebanyak mengorak bintik2 hitam pada hati kita...