Friday, 9 December 2011

Keimanan Cinta


" Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul "
mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. 
Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada ALLAH... Alan beristigfar,
moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-NYA...

.... Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cinta tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut
untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidapi
leukimia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada Alan kerana dia tidak ingin cinta yang lahir dari simpati..
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat,
muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama,
menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya?
Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukimianya?
Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-NYA?

ketahui lebih lanjut kisah suka duka,perit getir yang terjadi di dalam sebuah novel tarbiyah,
 KEIMANAN CINTA...


  ... sekadar perkongsian... terasa manis dan nikmat jika cinta itu berteraskan keimanan...
    wallahu'alam...
    selamat membaca =)

No comments: