Saturday, 17 December 2011

Islam mengangkat darjah WANITA ? benarkah?

...sedang duduk di meja sebuah kedai makan, tbe2 dia kelihatan
seorang makcik  lingkungan 50-an sedang duduk membaca buku ilmiah...
dari gayanya makcik itu seperti seorang ustazah...
terus dia memerhati wanita itu ...
tiba2 tanpa disedari perasan akan diperhatikan oleh dia lalu, wanita itu menghampirinya... 
maka, berlakulah perbualan antara mereka...

Wanita : Assalamualaikum, anak buat apa di sini?

Dia      : Wa'alaikumussalam makcik..Sedang menunggu makanan makcik...

Wanita :  ohh, samalah... Anak ada masalah ke? Makcik lihat seperti anak sedang memikirkan sesuatu.Apakah? Jika xkeberatan ceritalah kepada makcik...InsyaAllah makcki boleh membantu..(sambil melontarkan senyuman )

Dia        : Benarkah Islam mengangkat darjat wanita, makcik?

Wanita   : oh, isu inikah yang anak fikirkan? 

Dia        : Benar makcik... Saya ada terbaca di sebuah majalah... tetapi kurang jelas bagi saya...

Wanita   : Oh, xmengapa... Jika tidak keberatan, makcik boleh berkongsi sedikit ilmu yang makcik ada...

Dia        : Betulkah makcik? Alhamdulillah, syukur kerana makcik sudi berkongsi ilmu dengan saya...

Wanita  : InsyaAllah... Ilmu ini kita haruslah berkongsi sesama kita... Bukankah itu yang diajarkan kepada kita... Ok, begini, benar anak... Islam sangat mengangkat darjat seorang wanita... Pada zaman Jahiliah, anak perempuan sangatlah dibenci dan dikeji... Menurut mereka, anak perempuan itu membawa sial (bala), disamping itu, mereka juga dianggap menyusahkan ibubapa... Maka, sejurus selepas kelahiran, mereka ditanam hidup... Kejam bukan? Tetapi, selepas kedatangan Islam, kaum wanita ini dibela dan dianggap tuah...

Dia       :Ya, benar tu makcik.. Saya pun ada juga terbaca mengenai agama sebelum kehadiran Islam itu memperlakukan sebegitu kepada anak perempuan... Jadi, apakah contoh yang Islam mengangkat darjat wanita ye makcik ? Boleh terangkan ?

Wanita    : InsyaAllah, apa salahnya... Begini, Islam amat mengagungkan darjat seorang wanita... Contohnya :
  • Mengutamakan ibu ke atas bapa... " Seorang lelaki datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata, " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku hormati? baginda menjawab, "Ibumu!"  Lelaki itu terus bertanya lagi, kemudian siapakah? Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu terus bertanya lagi, kemudian siapa? Baginda menjawab, "Ibumu!" Sekali lagi lelaki itu bertanya, kemudian siapa? Nabi menjawab, " Bapamu!"  ( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim )
  • Anak perempuan menjadi penyelamat dunia...  " Barang siapa yang menanggung dua orang anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka" Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. ( Direkodkan oleh Bukhari)
  • Wanita itu bukan hamba lelaki tetapi setaraf daripada segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik. " Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki". ( Direkodkan oleh Abu Daud)
  • Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf. " Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun"  (surah an-Nisaa' : 124)
  • Hak wanita diiktiraf. Umar al-Khatab RA berkata, " Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka menpunyai hak ke atas kami " 
Dia        : Oh, begitu... Terima kasih makcik atas perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada saya... Semoga Allah memberkati kehidupan makcik sekeluarga... InsyaAllah...

Seorang pekerja dikedai makan itu sampai lalu memberikan makanan yang dipesan oleh Makcik... 

Wanita   : Sama-sama nak.... Baiklah anak, makcik mahu pulang... Semoga ilmu yang makcik berikan tadi amat berguna buat anak... Semoga kita bertemu lagi... InsyaAllah.... Assalamu'alaikum...

Dia     : InsyaAllah makcik... Wa'alaikumussalam (sambil bersalam)

Subahannallah... Indahnya Islam kerana mengangkat darjat kita sebagai seorang wanita... Semoga dengan ketinggian darjat ini, kita dapat gunakannya sebaik mungkin untuk menjadi hambaNYa yang mu'minah... InsyaAllah... 

3 comments:

Anonymous said...

xde idea nk komen...button like pn xda..
haha like je la..
:P

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

haha... xda button like pon... buat sendiri ye :P

Anonymous said...

like like like..
cmnie je la...haha :P