Friday, 16 December 2011

dialog berkaitan POLIGAMI....

Dia memaparkan persoalan mengenai poligami di laman muka bukunya.
... Mencari kejernihan petunjuk al-Quran dan Al-Sunnah tentang poligami...
Benarkah poligami itu Sunnah?

A :  Ya! mestilah sunnah sebab nabi buat.

B : Jawapan ini tidak tepat..

A : ???

B : Monogami adalah sunnah Nabi selama 25 tahun, poligami pula adalah sunnah Nabi selama 10 tahun. Monogami dan poligami adalah perbuatan Nabi secara umum, daripada sudut hukum, poligami bukan sunnah, cuma HARUS.

A : Daripada sudut hukum, kita sebut sunat bukannya sunnah...

B: Dalam bahasa arab, tiada perkataan sunat, kedua2nya disebut sunnah...tidak semua yang Rasullullah buat  itu boleh dianggap sunah daripada sudut hukum, selagi ada dalil lain yang menghalangnya. Jumhur ulama'  mengatakan poligami hukumnya harus.

C : Apakah contoh perbuatan Nabi yang tidak dianggap sunnah daripada sudut hukum?

B : Rasulullah SAW pernah bercerai. Baginda menceraikan Hafsah talak satu, kemudian merujuknya kembali
atas perintah Jibril. Rasulullah juga pernah berniat menceraikan Saudah bt Zam'ah namun tidak jadi kerana
Sa'udah merayu simpati. Selain itu, baginda menceraikan seorg wanita sebelum sempat menggaulinya
kerana wanita itu berpenyakit kulit. em, mengapa tidak menyebut  bercerai itu sunnah?

C : Hmm, tidak sedap pula mendengar perkataan cerai adalah sunnah...

B:  Memang hukumnya bukan sunnah kerana ada dalil yang menghalangnya (qarinah). Sabda nabi SAW,
perkara halal yang paling dibenci ALLAH adalah talak. Adakah bercerai itu terlarang?

C : Tidak, kerana Nabi buat.

B : Ya, perceraian hukumnya bukan sunnah dan bukan juga suatu yang dilarang. Kadangkala, ia menjadi
solusi  terbaik dalam masalah tertentu.

C : Apakah qarinah yang menyatakan poligami itu bukan sunnah?

B : Banyak qarinahnya.. Antaranya adalah :
  • Dalam ayat 3, surah an-Nisaa', Allah menyebut berkenaan tiga jenis pernikahan iaitu: mengahwini anak yatim, berpoligami dan berkahwin satu.Kemudian daripada segi fiqh keutamaan, Allah menyusun keutamaan yang berkahwin satu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, maka semoga kamu bertakwa. Ini tafsiran yang disokong oleh jumhur ulama'
  • Syarat yang ketat diletakkan dalam urusan poligami iaitu mampu berlaku adil sehinggakan ada ulama mengatakan ia adalah ancaman bukan galakan. Dengan syarat ini, poligami dalam Islam adalah sesuatu yang amat ketat dan payah aturannya, bukannya dengan cara mengambil mudah.
  • Ayat 129 surah an-Nisaa' menjelaskan lagi, poligami tidak digalakkan apabila ALLAH mengatakan tiada seorang pun antara kamu mampu berlaku adil, walaupun kamu sangat menginginkannya. Malah, ALLAH  meningatkan tentang risiko kecenderungan cinta suami kepada seorg isterinya boleh mengakibatkan dia berlaku aniaya kepada isteri yang lain..
  • Dalam hadis sahih Laporan Bukhari Muslim, Rasulullah sendiri menyuruh Sayyidina Ali menceraikan Fatimah sekiranya mahu menduakannya.. Dalam syarah Imam Nawawi, perkahwinan Ali dengan Puteri Abu Jahal adalah harus tetapi Rasulullah SAW menegahnya kerana baginda takut agama Fatimah rosak akiat cemburu. Ada ulama' mentafsirkan bahawa tegahan Rasul itu bagi meraikan hak Fatimah (yang merasa poligami itu menyakitkannya) RUJUK FATHUL BARI, penjelasan ke-3
  • Bukan hanya Fatimah, Rasulullah SAW melarang semua puterinya diduakan. RUJUK HADIS SAHIH BUKHARI MUSLIM. Ini menjadi dalil kita kepada golongan orientalis berkenaan kedudukan sebenar poligami dalam Islam. Islam hanya mengharuskan poligami dalam masalah2 tertentu, bukan menggalakkannya. Ada hak2 wanita yang perlu diraikan. 
  • Rasulullah SAW berpoligami menyusui hikmah perang kerana zaman itu adalah zaman perang. Sistem poligami yang dilaksanakan amat bijaksana dalam menghadapi suasana, itu kerana islam kehilangan sekian banyak lelaki2nya. Masalahnya, ramai masyarakat pada hari ini berpoligami kerana sudah dekat dengan zina. Mampukah orang yang kurang agama itu berlaku adil?
  • Masyarakat Jahiliyah ketika itu berlebih2an dalam meramaikan isteri, maka Islam secara sederhana menghadkan sampai 4 sahaja. Ia suatu anjuran supaya mengurangkan, bukan menambah. Malah, berbanding agama lain, hanya Islam secara terang2an mempunyai ayat yang berbunyi, " Maka (berkahwinlah) dengan satu sahaja"<surah an Nisaa' ayat 3>. Jelas, islam lebih menganjurkan perkahwinan satu berbanding agama lain
  • Ayat " fankihu ma tooba lakum..." ( Ayat 3 urah an Nisaa'. Bermaksud:  Nikahlah mana yang baik bagimu 2, 3,4..." ) hingga akhir ayat adalah ayat yang bergantung kepada ayat sebelum dan selepasnya.Ia suatu jawab syarat, bukannya ayat perintah. Kita tidak mengambil hukum wajib ataupun sunnah daripadanya walaupun ia seolah2 dalam nada perintah. Ada syarat yang ketat dan ada qarinah  (dalil utama yang lain) yang diperhatikan seelum para uama' mengambil hukum
Perbualan disambung dengan kehadiran seorang ikhwan (D)...

D : Tidak baik menolak hukum al-Quran.

C : Tidak baik menghukum sembarangan. Awak sudah menbaca hujah2 kami dengan benar dengan hati yang
bersih sebelum menuduh kami begitu? Awak fikir semua hukum didalam al-Quran itu hukumnya wajib?
Tiada yang makruh,harus, sunnah ataupun haram?

B : Sekiranya hukum didalam al-Quran itu semuanya wajib, ulama' tidak perlulah berpenat2 mengkaji ayat2
hukum bagi mengetahui apakah hukum sebenar yang ALLAH kehendaki daripada hukum2 yang 5.

D : Saya merasakan isteri perlu berlapang dada dalam perkara ini ,kerana suami bukan hanya milik isteri
sahaja. Suami harus berkahwin lebih, manakala isteri tidak boleh poliandri. bertolak anur akan
menggembirakan suami, bukankan kegembiraan suami itu suatu kewajipan bagi isteri untuk meraih
redanya?

B : Memang benar, suami bukan milik isteri secara mutlak, ia milik Allah. Perlu diingat, isteri juga bukan milik
suami secara mutlak. tetapi Ia milik ALLAH. Sekiranya  isteri merelakan suaminya berpoligami, kita
menghormati keputusannya. Sekiranya isteri tidak merelakan suaminya berpoligami dan meminta
dibebaskan, kita juga perlu menghormatinya. Dia meminta dibebaskan bagi kepentingan akhiratnya supaya
tidak rosak kerana cemburu. Dia berhak menjaga agamanya sendiri. Malah, dia berhak mengadakan
"khuluk" (tebus talak) untuk tujuan murni itu sekiranya suami enggan menceraikan. Ini mesej yang saya
mahu bawa berkenaan hak isteri yang sering dipinggirkan dan dianggap munafik oleh golongan tradisional.

C : Ya, saya mencari keadilan berkenaan perkara ini. Fitrah kekasih tidak mungkin rela cintanya diduakan.
Bukankah Islam agama yang Fitrah?terpampang jelas, Islam adalah agama yang paling memahami hati
dan perasaan.

B : Ibnul Qayyim berkata dalam bukunya Raudhatul Muhibbin, lumrah cinta mengharapkan penunggalan
cinta daripada kekasihnya. Sebanyak mana pun kita mencintai, kita tidak mampu menafikan bahawa, ada
1 cinta yang paling kita cenderung kepadanya. Dalam cinta sesama makhluk pula, soal cinta tidak dapat
lari daripada kecenderungan kepada seorang sahaja. Ia sering disebut kesayangan. 

D : Hah, isteri boleh minta cerai dan tebus talak sekiranya suami mahu berkahwin lagi? Mana ada ustz2 ajar
 macam ni! Awak ada dalil kah? Jangan pandai2! Tidak bau syurga nanti.

B : Rujuk hadis sahih Laporan BUkhari Muslim tentang fatimah Az-zahrah yang lebih rela diceraikan
daripda dipoligami. Itu haknya yang patut dihormati demi kepentingan akhiratnya. Satu lagi dalil adalah
kisah isteri Thabit bin Qais yang meminta diceraikan dengan khuluk. Rasulullah dan Thabit bin
Qais menghormati haknya. Ia lalu diceraikan dengan mengembaikan maharnya iaitu sebuah kebun
kepada  suaminya. (RIWAYAT BUKHARI <5273> DAN NASA'I <169/6)

D : Saya pernah membacakan pendapat yang mengatakan tidak boleh, contohnya pendapat Imam hanafi.

B : Itu cuma pendapat bukan wahyu, kita hormati. kita masih boleh memilih pendapat yang memiiki dalil yang     lebih sahih.

D : Mustahil kita ini lebih pandai daripada Imam Hanafi.

B : Sekiranya saudara belajar Fiqh dan Usul daripada asasnya, saudara akan mengerti bahawa Islam tidak
menghalang perbezaan pendapat dalam masalah Fiqh. Ia berlaku sejak zaman sahabat lagi.  Perbezaan
Fiqh jadi tercela apabila adanya golongan taasub, tidak terbukan dan tidak merendahkan hati kepada dalil
yang lebih sahih apabila ia bertentangan dengan pendapat imamnya.

C : Ketika Istlam mngharuskan suami berpoligami dengan syarat yang ketat dan sebab yang munasabah,
 Islam juga memberikan hak wanita sama ada mahu merelakan, mempertahankan ataupun minta
dibebaskan. Adil bukan, Islam?

D : Entah.

B : Ataupun saudara berasa lebih adil sekiranya Islam menetapkan isteri wajib mengangguk sahaja jika suami
berpoligami? Bukankah ini suatu pemaksaan yang tidak cocok dengan fitrah? Buakn kah Islam menghargai
naluri wanita?

D : Entahlah.

C : Cuba saudara bayangkan, sekiranya Islam membenarkan isteri saudara berkahwin lagi, saudara berasa
marah ataupun tidak? Jika marah dan cemburu, ia memang fitrah seorang kekasih. Apakah hak yang ada
pada pihak saudara ketika itu, dalam mempertimbangkan fitrah itu yang boleh bertukar menjadi fitnah?

D : Jangan guna bayangan sebegini. Ia tidak akan berlaku selama2nya kerana Ia tidak syar'ie. 

C : Mamanglah andainya ia tidak syar'ie. Namun sekurang2 nya saudara dapat menyelami hati wanita dan
 memahami cara Islam memberi keadailan kepadanya.Mengapa ? Kerana persoalan ini bertentangan  
 dengan fitrahnya

B : Saudari benar Sarah. 
C : Banyak kefahaman yang salah berlaku berkenaan poligami. Antaranya adalah, : 
  • Poligami itu sunnah
  • Poligami itu berkait dengan soa keimanan. Isteri yang menolak suaminya berpoligami dikire tidak beriman.
  • Poligami itu hukum al-Quran yang wajib dilaksanakan jika suami berkeinginan
  • Poligami itu ' kalau kita cakap2 ia suatu bida'ah, sekiranya kita mahu, kita buat sahaja tanpa perlu mengambil kira suara isteri pertama
  • Sekiranya suami kata, saya mahu berpoligami untuk dakwah dalam Islam, isteri perlu  berkata  "Ya! " tanpa perlu menkaji kebenaran hujah suami, kemampuan dan ketulusannya
D : Adakah benar sesuatu yang hukumnya harus, walaupun dilakukan oleh Rasulullah, tidak dianggap sunnah
atau mendapat pahala sunnah? Bagaimana jika ada yang menlakukannya kerana amat kasihkan baginda?
contohnya, ada seorang sahabat nabi ketika musafir, behenti berehat di tempat yang sama dengan tempat
yang pernah disinggahi oleh Nabi kerana mahu mengikut perbuatannya. Soalan ini umum, bukan berfokus
kepada poligami..

B : Perkara harus yang saudara nyatakan adalah perkara harus yang tidak melibatkan hak orang lain. Poligami
 pula melibatkan hak isteri pertama,dan anak2. Sudah tentu pertimbangannya berbeza.

D : Bagaimana menangkis hujah orentalis yang mengatakan Rasulullah tidak adil kerana melarang anak
 perempuannya dipoligamikan?

B : Kisah itu sepatutnya menjadi dalil kepada kita, bahawa Rasulullah insan yang paling adil. Sikap baginda
mengajar kita berkenaan pendirian sebenar Islam terhadap poligami. Baginda mencontohkn cara Islam
menghormati dan meraikan suara wanita dan memelihara hak2 wanita.

D : Mengapa isteri2 baginda tidak bersikap seperti Fatimah, sedangkan mereka juga memiliki fitrah wanita?

B : Isteri-isteri baginda merelakan kerana mereka sudah tentu tidak sanggup diceraikan oleh lelaki paling
agung di dunia dan akhirat. Tiada pengantn yang lebih baik daripada baginda. Manakala puteri2 Rasulullah,
sekiranya mereka diceraikan suami2 kerana keengganan menerima poligami, mereka masih mempunyai
pilihan lelaki2 lain yang bertakwa.


... sekadar perkongsian bersama yang infonya dipetik daripada novel tauhid karya Fatimah Syarha Mohd Noordin , Sebarkan Cinta-MU... 
 Yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang kurang baik itu datang nya daripada kelemahan diri saya sendiri... wallahu'alam...


2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ukhti .
ana pun dah tamat baca buku ni.
cuma, ana nak tanya adakah ukhti dah minta izin penerbit utk menyalin semula perkara dalam buku tersebut, kepada bentuk media?

asif kalau ana buat ukhti tak selesa atau terasa.
ana cuma terangkan hakikatnya.

ukhti perlu minta izin dahulu, insyaAllah ( :
kalau tak mungkin akan ada tindakan, ana hanya saling mengingatkan.

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

wa'alaikumussalam...
alhamdulillah telah mendapat keizinan daripada pemilik novel ^_^