Friday, 23 December 2011

congrate sume buat calon PMR 2011~

.... apa isu hangat hari ni bagi kanak2 sekolah tingkatan 3 ye? 
haha, semestinya PMR... result keluar kot...


malam semalam penuh wall fb diserabukkan dengan dek rase gelisah para pelajar PMR 2011...
haha... rilex la adek2 oi..
cool je...dun worry lah... xperlu frust menonggeng ok if result xberapa nak cemerlang...
apepon yang anda dapat, jangan lupe say thanks to HIM ok?
ALLAH maha mengetahui akan sesuatu yang kamu tak tau... =)
DIA telah aturkan yang terbaik buat kalian... DIA bagi ape yang kamu perlukan bukan ape yang kamu mahukan...
so, REDHA ok adek2? anda dah usaha, doa dan tawakal kan?
so, time to get da result =)

.tahniah lah kat my little sister, EBY dapat result cemerlang... bersyukur ok?
tp jangan honey moon lak ye nextyear! SPM bagi gempak lagi ok =)
nanti ayah belanja macam2 lagi... xkan xnak kot =)

then, wanna to say congrate kt adek angakt yang comel ni ---> sharina aqilah n bella...
name lebih kurang je kan...
dapat 8a 1b kan? oklah tu dek... nanti akk bg hadiah ok... insyaAllah =)
dun b sad ok?
SPM buat terbaik ye! sayang kamu adek!

next kat anak buah ku... dan kazen yang lain...
IMRAN, mira n abby...yang dapat result cemerlang tu tahniah ye!
but yang kurang tu,, dun worry =) jgn sedih2... PMR bukan segalanya ok?
gagal sekali xbermakna gagal selamanya ye =) SPM tu penting...
menentu hala tuju tu ....

and congrate gak kat all junior SKKSMKA Sharifah Rodziah ye =)
100% lulus kan? bgos mengekalkannya... dan diz year 87 stret A kan...
tahniah2... bangge sebagai akak sekolahh
alfun syukran kat guru2 yang byk berjsa kepada kami supaya menjadi insan yang berguna dunia akhirat...
adek2, yang dah berjaye tu, jgn lupe say thnks kt ALLAH, parents, guru dan kawan2 ye...
tanpa doa dan sokongn mereka siapalah kita... 

..teruskan usaha anda pada masa akan datang ye...
never give up ok!
"man jadda waja, wa man zaro'a hasoda "






Saturday, 17 December 2011

Islam mengangkat darjah WANITA ? benarkah?

...sedang duduk di meja sebuah kedai makan, tbe2 dia kelihatan
seorang makcik  lingkungan 50-an sedang duduk membaca buku ilmiah...
dari gayanya makcik itu seperti seorang ustazah...
terus dia memerhati wanita itu ...
tiba2 tanpa disedari perasan akan diperhatikan oleh dia lalu, wanita itu menghampirinya... 
maka, berlakulah perbualan antara mereka...

Wanita : Assalamualaikum, anak buat apa di sini?

Dia      : Wa'alaikumussalam makcik..Sedang menunggu makanan makcik...

Wanita :  ohh, samalah... Anak ada masalah ke? Makcik lihat seperti anak sedang memikirkan sesuatu.Apakah? Jika xkeberatan ceritalah kepada makcik...InsyaAllah makcki boleh membantu..(sambil melontarkan senyuman )

Dia        : Benarkah Islam mengangkat darjat wanita, makcik?

Wanita   : oh, isu inikah yang anak fikirkan? 

Dia        : Benar makcik... Saya ada terbaca di sebuah majalah... tetapi kurang jelas bagi saya...

Wanita   : Oh, xmengapa... Jika tidak keberatan, makcik boleh berkongsi sedikit ilmu yang makcik ada...

Dia        : Betulkah makcik? Alhamdulillah, syukur kerana makcik sudi berkongsi ilmu dengan saya...

Wanita  : InsyaAllah... Ilmu ini kita haruslah berkongsi sesama kita... Bukankah itu yang diajarkan kepada kita... Ok, begini, benar anak... Islam sangat mengangkat darjat seorang wanita... Pada zaman Jahiliah, anak perempuan sangatlah dibenci dan dikeji... Menurut mereka, anak perempuan itu membawa sial (bala), disamping itu, mereka juga dianggap menyusahkan ibubapa... Maka, sejurus selepas kelahiran, mereka ditanam hidup... Kejam bukan? Tetapi, selepas kedatangan Islam, kaum wanita ini dibela dan dianggap tuah...

Dia       :Ya, benar tu makcik.. Saya pun ada juga terbaca mengenai agama sebelum kehadiran Islam itu memperlakukan sebegitu kepada anak perempuan... Jadi, apakah contoh yang Islam mengangkat darjat wanita ye makcik ? Boleh terangkan ?

Wanita    : InsyaAllah, apa salahnya... Begini, Islam amat mengagungkan darjat seorang wanita... Contohnya :
  • Mengutamakan ibu ke atas bapa... " Seorang lelaki datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata, " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku hormati? baginda menjawab, "Ibumu!"  Lelaki itu terus bertanya lagi, kemudian siapakah? Nabi SAW menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu terus bertanya lagi, kemudian siapa? Baginda menjawab, "Ibumu!" Sekali lagi lelaki itu bertanya, kemudian siapa? Nabi menjawab, " Bapamu!"  ( Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim )
  • Anak perempuan menjadi penyelamat dunia...  " Barang siapa yang menanggung dua orang anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka" Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. ( Direkodkan oleh Bukhari)
  • Wanita itu bukan hamba lelaki tetapi setaraf daripada segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik. " Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki". ( Direkodkan oleh Abu Daud)
  • Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf. " Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun"  (surah an-Nisaa' : 124)
  • Hak wanita diiktiraf. Umar al-Khatab RA berkata, " Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka menpunyai hak ke atas kami " 
Dia        : Oh, begitu... Terima kasih makcik atas perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada saya... Semoga Allah memberkati kehidupan makcik sekeluarga... InsyaAllah...

Seorang pekerja dikedai makan itu sampai lalu memberikan makanan yang dipesan oleh Makcik... 

Wanita   : Sama-sama nak.... Baiklah anak, makcik mahu pulang... Semoga ilmu yang makcik berikan tadi amat berguna buat anak... Semoga kita bertemu lagi... InsyaAllah.... Assalamu'alaikum...

Dia     : InsyaAllah makcik... Wa'alaikumussalam (sambil bersalam)

Subahannallah... Indahnya Islam kerana mengangkat darjat kita sebagai seorang wanita... Semoga dengan ketinggian darjat ini, kita dapat gunakannya sebaik mungkin untuk menjadi hambaNYa yang mu'minah... InsyaAllah... 

Friday, 16 December 2011

dialog berkaitan POLIGAMI....

Dia memaparkan persoalan mengenai poligami di laman muka bukunya.
... Mencari kejernihan petunjuk al-Quran dan Al-Sunnah tentang poligami...
Benarkah poligami itu Sunnah?

A :  Ya! mestilah sunnah sebab nabi buat.

B : Jawapan ini tidak tepat..

A : ???

B : Monogami adalah sunnah Nabi selama 25 tahun, poligami pula adalah sunnah Nabi selama 10 tahun. Monogami dan poligami adalah perbuatan Nabi secara umum, daripada sudut hukum, poligami bukan sunnah, cuma HARUS.

A : Daripada sudut hukum, kita sebut sunat bukannya sunnah...

B: Dalam bahasa arab, tiada perkataan sunat, kedua2nya disebut sunnah...tidak semua yang Rasullullah buat  itu boleh dianggap sunah daripada sudut hukum, selagi ada dalil lain yang menghalangnya. Jumhur ulama'  mengatakan poligami hukumnya harus.

C : Apakah contoh perbuatan Nabi yang tidak dianggap sunnah daripada sudut hukum?

B : Rasulullah SAW pernah bercerai. Baginda menceraikan Hafsah talak satu, kemudian merujuknya kembali
atas perintah Jibril. Rasulullah juga pernah berniat menceraikan Saudah bt Zam'ah namun tidak jadi kerana
Sa'udah merayu simpati. Selain itu, baginda menceraikan seorg wanita sebelum sempat menggaulinya
kerana wanita itu berpenyakit kulit. em, mengapa tidak menyebut  bercerai itu sunnah?

C : Hmm, tidak sedap pula mendengar perkataan cerai adalah sunnah...

B:  Memang hukumnya bukan sunnah kerana ada dalil yang menghalangnya (qarinah). Sabda nabi SAW,
perkara halal yang paling dibenci ALLAH adalah talak. Adakah bercerai itu terlarang?

C : Tidak, kerana Nabi buat.

B : Ya, perceraian hukumnya bukan sunnah dan bukan juga suatu yang dilarang. Kadangkala, ia menjadi
solusi  terbaik dalam masalah tertentu.

C : Apakah qarinah yang menyatakan poligami itu bukan sunnah?

B : Banyak qarinahnya.. Antaranya adalah :
  • Dalam ayat 3, surah an-Nisaa', Allah menyebut berkenaan tiga jenis pernikahan iaitu: mengahwini anak yatim, berpoligami dan berkahwin satu.Kemudian daripada segi fiqh keutamaan, Allah menyusun keutamaan yang berkahwin satu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, maka semoga kamu bertakwa. Ini tafsiran yang disokong oleh jumhur ulama'
  • Syarat yang ketat diletakkan dalam urusan poligami iaitu mampu berlaku adil sehinggakan ada ulama mengatakan ia adalah ancaman bukan galakan. Dengan syarat ini, poligami dalam Islam adalah sesuatu yang amat ketat dan payah aturannya, bukannya dengan cara mengambil mudah.
  • Ayat 129 surah an-Nisaa' menjelaskan lagi, poligami tidak digalakkan apabila ALLAH mengatakan tiada seorang pun antara kamu mampu berlaku adil, walaupun kamu sangat menginginkannya. Malah, ALLAH  meningatkan tentang risiko kecenderungan cinta suami kepada seorg isterinya boleh mengakibatkan dia berlaku aniaya kepada isteri yang lain..
  • Dalam hadis sahih Laporan Bukhari Muslim, Rasulullah sendiri menyuruh Sayyidina Ali menceraikan Fatimah sekiranya mahu menduakannya.. Dalam syarah Imam Nawawi, perkahwinan Ali dengan Puteri Abu Jahal adalah harus tetapi Rasulullah SAW menegahnya kerana baginda takut agama Fatimah rosak akiat cemburu. Ada ulama' mentafsirkan bahawa tegahan Rasul itu bagi meraikan hak Fatimah (yang merasa poligami itu menyakitkannya) RUJUK FATHUL BARI, penjelasan ke-3
  • Bukan hanya Fatimah, Rasulullah SAW melarang semua puterinya diduakan. RUJUK HADIS SAHIH BUKHARI MUSLIM. Ini menjadi dalil kita kepada golongan orientalis berkenaan kedudukan sebenar poligami dalam Islam. Islam hanya mengharuskan poligami dalam masalah2 tertentu, bukan menggalakkannya. Ada hak2 wanita yang perlu diraikan. 
  • Rasulullah SAW berpoligami menyusui hikmah perang kerana zaman itu adalah zaman perang. Sistem poligami yang dilaksanakan amat bijaksana dalam menghadapi suasana, itu kerana islam kehilangan sekian banyak lelaki2nya. Masalahnya, ramai masyarakat pada hari ini berpoligami kerana sudah dekat dengan zina. Mampukah orang yang kurang agama itu berlaku adil?
  • Masyarakat Jahiliyah ketika itu berlebih2an dalam meramaikan isteri, maka Islam secara sederhana menghadkan sampai 4 sahaja. Ia suatu anjuran supaya mengurangkan, bukan menambah. Malah, berbanding agama lain, hanya Islam secara terang2an mempunyai ayat yang berbunyi, " Maka (berkahwinlah) dengan satu sahaja"<surah an Nisaa' ayat 3>. Jelas, islam lebih menganjurkan perkahwinan satu berbanding agama lain
  • Ayat " fankihu ma tooba lakum..." ( Ayat 3 urah an Nisaa'. Bermaksud:  Nikahlah mana yang baik bagimu 2, 3,4..." ) hingga akhir ayat adalah ayat yang bergantung kepada ayat sebelum dan selepasnya.Ia suatu jawab syarat, bukannya ayat perintah. Kita tidak mengambil hukum wajib ataupun sunnah daripadanya walaupun ia seolah2 dalam nada perintah. Ada syarat yang ketat dan ada qarinah  (dalil utama yang lain) yang diperhatikan seelum para uama' mengambil hukum
Perbualan disambung dengan kehadiran seorang ikhwan (D)...

D : Tidak baik menolak hukum al-Quran.

C : Tidak baik menghukum sembarangan. Awak sudah menbaca hujah2 kami dengan benar dengan hati yang
bersih sebelum menuduh kami begitu? Awak fikir semua hukum didalam al-Quran itu hukumnya wajib?
Tiada yang makruh,harus, sunnah ataupun haram?

B : Sekiranya hukum didalam al-Quran itu semuanya wajib, ulama' tidak perlulah berpenat2 mengkaji ayat2
hukum bagi mengetahui apakah hukum sebenar yang ALLAH kehendaki daripada hukum2 yang 5.

D : Saya merasakan isteri perlu berlapang dada dalam perkara ini ,kerana suami bukan hanya milik isteri
sahaja. Suami harus berkahwin lebih, manakala isteri tidak boleh poliandri. bertolak anur akan
menggembirakan suami, bukankan kegembiraan suami itu suatu kewajipan bagi isteri untuk meraih
redanya?

B : Memang benar, suami bukan milik isteri secara mutlak, ia milik Allah. Perlu diingat, isteri juga bukan milik
suami secara mutlak. tetapi Ia milik ALLAH. Sekiranya  isteri merelakan suaminya berpoligami, kita
menghormati keputusannya. Sekiranya isteri tidak merelakan suaminya berpoligami dan meminta
dibebaskan, kita juga perlu menghormatinya. Dia meminta dibebaskan bagi kepentingan akhiratnya supaya
tidak rosak kerana cemburu. Dia berhak menjaga agamanya sendiri. Malah, dia berhak mengadakan
"khuluk" (tebus talak) untuk tujuan murni itu sekiranya suami enggan menceraikan. Ini mesej yang saya
mahu bawa berkenaan hak isteri yang sering dipinggirkan dan dianggap munafik oleh golongan tradisional.

C : Ya, saya mencari keadilan berkenaan perkara ini. Fitrah kekasih tidak mungkin rela cintanya diduakan.
Bukankah Islam agama yang Fitrah?terpampang jelas, Islam adalah agama yang paling memahami hati
dan perasaan.

B : Ibnul Qayyim berkata dalam bukunya Raudhatul Muhibbin, lumrah cinta mengharapkan penunggalan
cinta daripada kekasihnya. Sebanyak mana pun kita mencintai, kita tidak mampu menafikan bahawa, ada
1 cinta yang paling kita cenderung kepadanya. Dalam cinta sesama makhluk pula, soal cinta tidak dapat
lari daripada kecenderungan kepada seorang sahaja. Ia sering disebut kesayangan. 

D : Hah, isteri boleh minta cerai dan tebus talak sekiranya suami mahu berkahwin lagi? Mana ada ustz2 ajar
 macam ni! Awak ada dalil kah? Jangan pandai2! Tidak bau syurga nanti.

B : Rujuk hadis sahih Laporan BUkhari Muslim tentang fatimah Az-zahrah yang lebih rela diceraikan
daripda dipoligami. Itu haknya yang patut dihormati demi kepentingan akhiratnya. Satu lagi dalil adalah
kisah isteri Thabit bin Qais yang meminta diceraikan dengan khuluk. Rasulullah dan Thabit bin
Qais menghormati haknya. Ia lalu diceraikan dengan mengembaikan maharnya iaitu sebuah kebun
kepada  suaminya. (RIWAYAT BUKHARI <5273> DAN NASA'I <169/6)

D : Saya pernah membacakan pendapat yang mengatakan tidak boleh, contohnya pendapat Imam hanafi.

B : Itu cuma pendapat bukan wahyu, kita hormati. kita masih boleh memilih pendapat yang memiiki dalil yang     lebih sahih.

D : Mustahil kita ini lebih pandai daripada Imam Hanafi.

B : Sekiranya saudara belajar Fiqh dan Usul daripada asasnya, saudara akan mengerti bahawa Islam tidak
menghalang perbezaan pendapat dalam masalah Fiqh. Ia berlaku sejak zaman sahabat lagi.  Perbezaan
Fiqh jadi tercela apabila adanya golongan taasub, tidak terbukan dan tidak merendahkan hati kepada dalil
yang lebih sahih apabila ia bertentangan dengan pendapat imamnya.

C : Ketika Istlam mngharuskan suami berpoligami dengan syarat yang ketat dan sebab yang munasabah,
 Islam juga memberikan hak wanita sama ada mahu merelakan, mempertahankan ataupun minta
dibebaskan. Adil bukan, Islam?

D : Entah.

B : Ataupun saudara berasa lebih adil sekiranya Islam menetapkan isteri wajib mengangguk sahaja jika suami
berpoligami? Bukankah ini suatu pemaksaan yang tidak cocok dengan fitrah? Buakn kah Islam menghargai
naluri wanita?

D : Entahlah.

C : Cuba saudara bayangkan, sekiranya Islam membenarkan isteri saudara berkahwin lagi, saudara berasa
marah ataupun tidak? Jika marah dan cemburu, ia memang fitrah seorang kekasih. Apakah hak yang ada
pada pihak saudara ketika itu, dalam mempertimbangkan fitrah itu yang boleh bertukar menjadi fitnah?

D : Jangan guna bayangan sebegini. Ia tidak akan berlaku selama2nya kerana Ia tidak syar'ie. 

C : Mamanglah andainya ia tidak syar'ie. Namun sekurang2 nya saudara dapat menyelami hati wanita dan
 memahami cara Islam memberi keadailan kepadanya.Mengapa ? Kerana persoalan ini bertentangan  
 dengan fitrahnya

B : Saudari benar Sarah. 
C : Banyak kefahaman yang salah berlaku berkenaan poligami. Antaranya adalah, : 
  • Poligami itu sunnah
  • Poligami itu berkait dengan soa keimanan. Isteri yang menolak suaminya berpoligami dikire tidak beriman.
  • Poligami itu hukum al-Quran yang wajib dilaksanakan jika suami berkeinginan
  • Poligami itu ' kalau kita cakap2 ia suatu bida'ah, sekiranya kita mahu, kita buat sahaja tanpa perlu mengambil kira suara isteri pertama
  • Sekiranya suami kata, saya mahu berpoligami untuk dakwah dalam Islam, isteri perlu  berkata  "Ya! " tanpa perlu menkaji kebenaran hujah suami, kemampuan dan ketulusannya
D : Adakah benar sesuatu yang hukumnya harus, walaupun dilakukan oleh Rasulullah, tidak dianggap sunnah
atau mendapat pahala sunnah? Bagaimana jika ada yang menlakukannya kerana amat kasihkan baginda?
contohnya, ada seorang sahabat nabi ketika musafir, behenti berehat di tempat yang sama dengan tempat
yang pernah disinggahi oleh Nabi kerana mahu mengikut perbuatannya. Soalan ini umum, bukan berfokus
kepada poligami..

B : Perkara harus yang saudara nyatakan adalah perkara harus yang tidak melibatkan hak orang lain. Poligami
 pula melibatkan hak isteri pertama,dan anak2. Sudah tentu pertimbangannya berbeza.

D : Bagaimana menangkis hujah orentalis yang mengatakan Rasulullah tidak adil kerana melarang anak
 perempuannya dipoligamikan?

B : Kisah itu sepatutnya menjadi dalil kepada kita, bahawa Rasulullah insan yang paling adil. Sikap baginda
mengajar kita berkenaan pendirian sebenar Islam terhadap poligami. Baginda mencontohkn cara Islam
menghormati dan meraikan suara wanita dan memelihara hak2 wanita.

D : Mengapa isteri2 baginda tidak bersikap seperti Fatimah, sedangkan mereka juga memiliki fitrah wanita?

B : Isteri-isteri baginda merelakan kerana mereka sudah tentu tidak sanggup diceraikan oleh lelaki paling
agung di dunia dan akhirat. Tiada pengantn yang lebih baik daripada baginda. Manakala puteri2 Rasulullah,
sekiranya mereka diceraikan suami2 kerana keengganan menerima poligami, mereka masih mempunyai
pilihan lelaki2 lain yang bertakwa.


... sekadar perkongsian bersama yang infonya dipetik daripada novel tauhid karya Fatimah Syarha Mohd Noordin , Sebarkan Cinta-MU... 
 Yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang kurang baik itu datang nya daripada kelemahan diri saya sendiri... wallahu'alam...


Friday, 9 December 2011

Keimanan Cinta


" Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul "
mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. 
Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada ALLAH... Alan beristigfar,
moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-NYA...

.... Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cinta tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut
untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidapi
leukimia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada Alan kerana dia tidak ingin cinta yang lahir dari simpati..
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat,
muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama,
menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya?
Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukimianya?
Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-NYA?

ketahui lebih lanjut kisah suka duka,perit getir yang terjadi di dalam sebuah novel tarbiyah,
 KEIMANAN CINTA...


  ... sekadar perkongsian... terasa manis dan nikmat jika cinta itu berteraskan keimanan...
    wallahu'alam...
    selamat membaca =)

wahai hati...

...  alunan nasyid dipasang bagi menenangkan jiwa yang 
pilu... entah kenapa pabila dia melihat atau terkenang akan sesuatu,
air jernih bercucuran jatuh pada pipinya...


mahu dia menyembunyikan rasa pilu itu, tetapi nyata dia tidak mampu menipu hatinya sendiri...
kian beberapa ketika dia cuba untuk myimpan air jernih itu dari terus mengalir,tetapi dia tewas juga...
hatinya belum cukup kuat untuk bertahan... 
puas dipujuk2 tetapi masih belum cukup mantap untuk menghadapinya...
YA Allah, wahai hati, 
sampai bila kau harus terus begini hidup bergelumang dengan mutiara jernih???
sampai bila wahai hati?
kau xpenat ke izinkan ia bermaharajalela dalam kehidupanmu?
xmahukah engkau kembali seperti dahulu? penuhkan kehidupan dengan keceriaan disamping teman2?

walaupun peristiwa yang lbih kurang sama terjadi berulangkali,
kenape kau belum cukup kuat lgi? adakah kau selesa dengan kehidupan sebegini?
aku(mata) sudah penat untuk menahan mutiara jernih itu melimpah membajai pipi...
aku(mata) sudah berasa perit... aku tidak sanggup lagi untuk meneruskannya...
tetapi, ia jatuh tanpa diminta...
jika ia jatuh atas kegembiraan, aku(mata) turut bergembira...
tetapi ia tidak... jatuh atas keperitan...
aduh...perit sekali...

wahai hati,
cuba kau kuatkan diri kau...
minta pada DIA kuatkan diri kau... DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayng...
DIA amat prihatin akan permintaan kita...  cuba kau renungkan masalah yang dihadapi oleh orang lain...
lagi berat dari kau rasai... bagaimana mereka boleh atasi?
cuba kau cari jalan nak jadi kuat... yang boleh menghadapi segala keperitan yang kau alami...
hati, aku tahu kau begitu lembut tetapi cuba buat kali ini kau
keraskan sedikit diri kau tok kau menjadi kuat...
kau xkesian ke kat kami2 ni... hidup kami bergantung kepada kau...
jika kau binasa, binasalah kami...
hati, kami sentiasa bersama kau dalam membentuk diri kau...
kita sama2 tarbiyah kan diri kita, dekat kan diri dekat DIA ye...
kita kene yakin kita boleh... DIA sentiasa bantu kita...

jangan disebabkan sesuatu, kau terpesong, kau lemah...
jangan ye... kita bawa diri kita ke jalanNYA...
mesti kita boleh tenang nnti... 
aku harap kau boleh jadi kuat ye hati...
be strong dear! ill support u! GO! Go! GO!


Monday, 5 December 2011

PELANGI...

.... kehidupan ini ibarat roda...
kadang kala kita di atas dan kadang kala juga kita dibawah...


... kehidupan, ape itu kehidupan ye?...
ia bermula dari proses kehidupan di dalam perut ibu ---> kelahiran kita di muka bumi 
---> menjalani kehidupan harian sebagai insanNYA di muka bumi ---> kematian...etc
 kehidupan ini sebenarnya menarik kerana ia dipenuhi dengan cabaran yang mencabar...
adakalanya kita gembira, adakalanya kita kecewa, menangis, terluka dan sebagainya...
tetapi itu semua adalah lumrah kehidupan kita sebagai seorang manusia...
cuba bayangkan jika kehidupan kita hanya gembira sahaja,
mesti BOSAN bukan?
tak ada yang mencabar dan menguji diri...
subahannallah, MAHA BIJAKSANA DIA kan mengaturkan
kehidupan kita sebegini...

... dia adalah seorang gadis lingkungan belasan tahun...
kehidupannya sebelum ini begitu gembira disamping keluarga dan juga teman2...
dia juga merupakan seorang yang cekal lagi tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupannya..
kehidupannya sering ketawa dan menjadi penghibur teman2nya...
boleh dikatakan dia adalaha seorang yang "happy go lucky"
namun, setelah berkenalan dengan beberapa orang teman,
dia alpha dan melupakan mereka2 yang sebelum ini menjadi bahan yang mendukungnya...
lumrah manusia yang mudah alpha...
dialami kehidupan bersama teman barunya... penuh suka duka...
hari demi hari berlalu...
tibalah di satu saat dia mengalami kesulitan...
dimana kesulitan itu tidak bisa dia berkongsi cerita bersama teman2..
lagi pula dia bukan jenis yang bercereka mengenai kesulitan hidupnya sampai ada yang berfikiran bahawa dia
tiada masalah kehidupan...
pelbagai keperitan yang dia alami atas kesulitan itu...
rasa kesal tiada gunanya lagi kerana sumenya telah berlaku...
yang berlalu itu biarlah ia berlalu dengan derasnya...
tetapi dia pasrah akan ketentuanNYA.. semua ini telah ditetapkan untuknya ..
dan mungkin juga ia adalah atas kesilapan dirinya....
hanya yang dia mampu melakukannya, memohon kepada yang BERKUASA agar diberikan kembali kehidupannya yang penuh dengan gilang gemilang itu...
dengan dia kembali merapatkan dirinya kepada Ilahi, dia yakin dia mampu
gembira seperti sedia kala... hidup dalam ketenangan...
dia yakin dan percaya pada janji pencipta alam ini... 
doakan agar dia temui kembali kehidupannya yang dahulu...
doakan juga dia istiqomah melakukan penghijrahan ini...
InsyaAllah...

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita...
 namun DIA berikan kita guruh dan petir...
kita menangis mencari-cari di mana matahari itu...
 tetapi, tanpa kita sedari, sebenarnya DIA nak bagi kita PELANGI...."


~sekadar perkongsian daripada durrahnurimtiyaz~