Wednesday, 23 November 2011

meow...meow...meow...

........  mata difokuskan ke hadapan.. pacuan empat roda itu dipandu dengan begitu teliti melintasi 
terminal melaka central...
sedang asyik berbual bersama walid nya,tiba2 walidnya terhenti dari berkata2...
dia kehairanan lalu menujukan pandangan ke arah tempat yang dilihat walidnya sebentar tdi...
hatinya terasa ingin mengetahui apakah yang terjadi...
kelihatan sebuah pacuan berhenti di tengah2 jalan tetapi di dapati tiada pemandunya...
diperhatikan dengan teliti akan persekitaran...


kelihatan seorang mat salleh berjalan menuju ke arah seekor kucing yang
"terbaring" di atas jalan raya itu...
dia perhatikan gelagat insan itu... mulia sungguh hatinya...
dia mengambil kucing yang cedera itu lalu di bawanya ke atas rumput di tepi jalan itu..
dibersihkan darah yang ada pada kucing itu...
lalu dia menuju kembali ke pacuan nya dan meneruskan perjalanan..
YA ALLAH, mengapakah tiada insan yang melintasi jalan itu menyelamatkan haiwan itu?
mujur ada mat salleh itu... jika tidak,mungkin haiwan itu akan mati dilenyek oleh beribu pacuan 
yang lalu disitu...
moga Allah memberikan hidayah dan ganjaran atas perbuatan mulia insan itu...  =)
mengapa tiada seorang mu'min pun yang mengambil perhatian atas haiwan itu??? 
.... tahukan anda bahawa kucing ini merupakan haiwan kesayangn Rasulullah s.a.w ???
Baginda amat menjaga kebajikan haiwan ini...
memeliharanya, menyayanginya juga adalah sunnah... besar pahala nya jika 
orang yang mengamalkan sunnah nabi....


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)


Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

jelas kelihatan bahawa Baginda amat menyayangi haiwan ini...
kita sebagai manusia yang punya hati dan perasaan juga haruslah saling menyayangi antara 
satu same lain... malah, kepada haiwan juga...
kerana mereka juga adalah makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini...
haiwan juga punya perasaan... contohnya kucing itu, 
jika ada insan yang menolongnya dikala dia dalam kesusahan...
adakah kita tahu ape yang difikirkan oleh haiwan itu??
mungkin juga haiwan itu akan mendoakan yang terbaik kepada kita...
barangkali juga ia akan membantu kita suatu hari nanti...
Allah itu maha adil... Setiap kebaikan itu pasti akan diberikan ganjarannya...

berbaktilah kepada sesiapa sahaja baik manusia atau pun haiwan...
walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik kasih sayang yang kita berikan 
kepada mereka akan dikira sebagai satu amalan yang cukup besar olehNYA...
insyaallah...





haiwan juga punya hati dan perasaan... mereka juga perlu dibelai dan dimanjai... 
(^_^)

2 comments:

Ariff Ar-Razi Ar-Rizqi said...

meow...meow...meow...

sayu bila mendengar kucing mengiau...

=)

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

haha...sayu ke ariff??