Wednesday, 16 November 2011

buat HAWA yang kecewa ditinggalkan ADAM..

.... awak2... awak2... ye, saya panggil awak..
kaum HAWA yang sedang bace entri ini... menarik bukan titlenya?
awak sedang berduka sekarang? kerap menangis? patah hati disebabkan ditinggalkan bf?
hati berkecai ditinggalkan kaum adam? awak kesepian ye? 
jika begitu, mari sini dekat ngan sy... biar sy peluk awak...
awak luahkan masalah awak kat sy...
insyaAllah sy boleh bantu... sekurang2nya., awak rasa lega sedikit...
cerita lah dekat sy, sebentar sahaja... boleh kan?? syukran ye awak...

saya tau ape masalah awak... izinkan saya selami ati awak supaya saya boleh faham situasi awak ye...
awak asyik menangis? masih teringat akan dia kan??
saya pun pernah merasai ini semua... sy cube tolong awak ye...INSYAALLAH...
awak dah banyak kali putus? atau ni yang first time?
xmengapa..ini bukan persoalannya.. awak rasa penat ye hadapi ini semua?
mesti ramai kan yang ckp kat awak tak payah couple kembali kat ALLAH, sebab ikatan tu tak menjamin apa2 lagi kan? tp awak rasa sukar ye? tidak mengapa, sy faham awak..
kita manusia biasa kan... xsempurna mana... tp sy sokong kalau awak ada keinginan nak berubah..
tp masih rasa sukar ye? selalu teringat kat dia lagi ye... kalau teringat mesti air jernih pada wajah 
awak mengalirkan?

sy tahu kadang2 tengok saja luaran awak happy kan... ceria je...tp
hakikatnya hati awak sedang menangis.. betul kan? kadang2 terasa kecewa dan sedih teringat akan perubahan yang dia lakukan ye...terasa rindu kat dia ye? selalu tunggu mesej dan col dari dia ye?
xpe,saya faham situasi awak sebab sy pon perempuan jugak...
walau kita berbeza latar belakng pon, tapi kita tetap mempunyai naluri yang sama...iaitu naluri seorang wanita.. tidak betul itu?
sy turut merasai ape yang awak rasa sekarang... angap saja lah sy sedang ada disebelah awak ye...
anggap juga kita sudah lama kenal...

benar, sy juga seperti yang lain... sama seperti mereka yang menasihati awak supaya meninggalkan cinta yang tidak diredhaiNYA... kerana awak dan dia belum ada apa2 ikatan yang sah bukan?
cinta yang sebenar adalah cinta selepas nikah... tidak perlu sy mengulangi kata2 itu kan, sebab awak pun dah sedia maklum dengan semua itu kan?
awak tau cinta yang abadi adalah cinta hakiki...CINTA ALLAH..tetapi masih mengharapkan cinta insani ye...
tidak mengapa, asalkan ada dalam diri awak tu keinginan nak berubah mendekati ALLAH...
atau... awak masih tidak boleh melupakan dia??? ya awak, sy tau ia sukar... tp saya takut awak..
saya takut awak kecewa lagi... sy xmahu semua itu terjadi lagi dekat awak...
sebab sy tahu, nnti awak mesti tak tenang kan... meti awak xdapat fkuskan dalam pelajaran dan sebagainya...

hati awak nnti mesti akan hancur lebur kan? junjungan besar NABI S.A.W  pun cakap, wanita ini ibarat 
seperti kaca... bayangkan kaca yang telah pecah, boleh kah ia bercantum kembali? 
walaupun ia bercantum, masih ada kan serpihan2 kaca yang tertinggal...
nmun, sakit yang dialami disebabkan kekecewaan itu mampu diubati.. sebab
kita ad DIA..pencipta kita...
cuba rasakan DIA sedang melihat kita ketika ini... AL -KHALIQ kita...
penuh kasih sayang kan? dapat rasakan?
jika awak nekad ingin terus berubah, teruskan awak baca entri ini...
jika awak juga tidak mahu lagi tenggelam dalam nafsu cinta...

oh, tidak mengapa jika awak perlukan masa...
silalah..sy tidak memaksa... fikirlah sebaik2nya ye..
sy ingin beritahu awak. kalau kita nak berubah, tidak cukup dengan keinginan sahaja...
ia mestilah diiringi dengan niat, keazaman dan perlakuan...
kekuatan batin itu perlu bagi awak hadapi semua ini...
awak dah fikir dah? jika sudah, teruskanlah mendengar bicara sy ini ye..
jika belum, tidak mengapa, awak ambil masa elok2, pk baik2... walau apepon, sy tetap tunggu awk kat sini ye...

AWAK YANG INGIN BERUBAH,
awak masih rasa sukar ye? tidak mengapa...sesukar mana pun, sy setia bersama awak..
sebab sy sayang kan awak kerana DIA.. sy xnk awak alami benda yang sama lagi..
insyaAllah sy cuba bantu awak ye.. cuba dulu ye.. 
keazaman awak nak berubah kuatkan? ALHAMDULILLAH..

PERTAMA... ujian ni buat awak rasa berat sangat kan? ujian ditinggalkan kekasih hati amat berat ye buat awak? baiklah, sy nak ajak awak sama2 kita fikir lebih jauh... cuba kita renungkan dan lihat mereka yang dalam kesusahan... terpaksa mencari rezeki di celah2 sampah yang menggunung dan busuk itu... mencari tin2, botol2 kaca dan barangan terpakai untuk dijual bagi menyara kehidupan mereka... apakah awak masih rasa ujian yang awak alami itu lebih berat dari mereka? mari kita lihat lagi, orang2 yang mengalami penyakit misteri sehingga tidak bisa melakukan apa2...tidak mampu bangun, makan dan sebagainya... masih awak merasa berat lagi? mari kita lihat, kehidupan mereka yang tidak mempunyai ibubapa, hidup sebatang kara didunia ini...cuba bayang kan perasaan mereka saat hari raya menjelang...adakah awak masih rasa ujian awak lebih berat berbanding mereka? awak, usahlah kita melihat ujian itu..tetapi lihatlah atas nikmatNYA terhadap kita..
awak terasa malu tidak? sy malu awak... nikmat menggunung DIA berikan kepada kita tetepi kita masih tidak mampu menghadapi ujianNYA yang sekecil itu... 

KEDUA... saya tau awak masih bersedih kan teringat akan dia... ingin dilupakan tetapi masih lagi berterbangan di fikiran ye... cube awak sedaya upaya luputkan ingatan awak terhadap dia dan menggantikan dengan mengingatiNYA... boleh awk? mcm ni lah, bila awak teringat dia je, awak pegi ambil wudu' kemudian capai al quran... then, awak hayati satu demi satu maknanya... bila ingat dia je terus ambil al quran, bolehkan awak? atau pun, leih mudah lagi, bila ingat dia je, awak berzikir.. zikir qauli awak... bila teringat dia, lafazkan lah kalimah suci Astagfirullah, aku memohon ampun kepada Allah... mudahkan awak? bila ingat lagi, ucap hasbi rabbii, maa fi qalbi ghairullah...maknenya, cukuplah Allah bagiku, tiada dalam hatiku melainkanNYA...
kalau awak zikir, sebaik2nya kita tahu ape yang kita zikirkan itu ye...benar bukan? ini salah contoh zikir yang saya bagi... nanti awak boleh lah cri yang lain ye... kalau betul kita nak capai CINTANYA, kite  kenalah usaha.. try slow2 ye... sy yakin awak boleh...kalau keinginan awak kuat untuk melakukannya, INSYAALLAH pasti awak mampu...

KETIGA... sibukkan diri awak... mean, sibukkan diri awak dengan berdialog dengan Allah bukan sibuk membalas mesej dia ye... jika awak bersendirian, tiba2 ingatan kepadanya kembali, cepat2 padam,..ingat kat Allah...kene kuat ye,..jangan layan perasaan tu...cuba lakukan aktiviti yang berfaedah... niat dalam diri nak buat benda berfaedah..contohnya cmni... "Ya Allah, hari ini saya nak tolong mak kemas rumah, biar mak gembira.." mesti Allah suka kan... DIA akan bantu kita... dan kemudian monolog lah, tapi jangn enyum di khalayak ramai ye...
maklumlah, nnti org ingat kita tak betul pula...dah faham kan maksud sy? lagipun bercinta dengan ALLAH tidak perlu kita nak keluarkan duit bagai... xpayah nak beli topup... membazir je...Allah mudahkan kita, dia tak suka kita membazir... lagi kita cuba mendekatinya, lagi DIA sayang dekat kita tau... ingat DIA je sepanjang masa ye... tak semestinya dalam solat... boleh kan? indah lagi romantik kan cara ni? sy tau awak senyum sekarang...hehe

KEEMPAT...awak suka dengar lagu tak? kalau suka, lagu apa awak suka dengar?? mesti lagu jiwang kan..
haha... awak, tak payah lah dengar lagu cm2... makin buat awak sedeh je nanti...awak boleh pilih nak dengan nasyid..lagu ketuhanan awk... lebih baik lagi kalau kita ingatkan diri kita dengar lagu2 tentang kematian dan taubat... lagu tentang ibubapa pun bagus juga... hayati lirik dia satu persatu ye... jadikan ini hobi yang berfaeda disamping dapat menghiurkan diri anda... jika kena pada tempatnya, ia juga boleh membantu kita mendidik jiwa...
awak mesti pernah menangis kan masadengar lagu... hihi... hati wanita...memang lembut..  

KELIMA... pembacaan... ni pon awak kene pilih juga... saya cadangkan awak beli buku2 islam dan wanita... baca sirah RAsulullah, lihatlah betapa NABI dahulunya begitu bersusah payah menaikkan martabat wanita, apakah sanggup kita berlaku kejam terhadap baginda yang pada saat2 akhir hidup baginda, baginda tidak putus2 menyebut ummati, ummati, ummati? begitu besar kasih sayang yang ditunjukkan Baginda kepada kita umatnya kan... jika nak tau lagi sila lah layari internet, cari berkaitan sirah nabi dan islam... tidak perlulah baca banyak2 dalam atu masa...satu hari baca 1 artikel pon dah cukup asalkan kite istiqomah... lagi 1, ia juga akan membuka minda kita.. =D boleh ye?

KEENAM... Qiamullail... kalau awak mampu buat ni lagi bagus... tenang dan damai je... kalau awak asyik bersedih je...tak tahu nak luahkan kat sapa, Allah kan ada? apa kata kita luang kan masa bersamaNYA... bangun  dikala orng lain sibuk dibuai mimpi..tidakkah itu sepi lagi tenang?  awak nanges la puas2 dekat DIA.. cerita semua kat DIA ye... DIA maha mendengar.. awak nak pohon ape2 silakan,,DIA lai suka... DIA ada ckp, cuba awak buka AL-Quran surah Al Ghafir ayat 60 , "berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu" 
tengok, caringkan DIA... sape agi caring DIA ke dia??? mesti DIA kan... jadi, pergilah kat DIA ye..ok?

KETUJUH... zikrul maut... iaitu ingat pada kematian... ni pon boleh tahan mujarab... bila kite ingat nak mati, kite xkan teringat kan org lain... cube bayangkan awak akan mati kejap lagi...kejap je lagi...mungkin selepas awak habis dengar bicara saya ni... mungkin? mesti bila ingat mati tu, setiap masaawak nak siapkan bekalan untuk dibawa pulang nanti kan... solat pon awal waktu, dengar azan je terus ambil wudu' dan solat... banyak mana amal kebaikan kite ye... awak, sy takut... awak tak rasa cm2 jugak ke?

KELAPAN... awak carilah sahabat2 yang boleh bimbing awak ke jalanNYA... awak carilah sahabat2 yang boleh berkongsi ilmu mengenali ALLAH... cari sahabat sebegini, jiwa awak akan terisi dengan nasihat2 daripada mereka... dalam kehidupan, berkawan dengan semua orang tetapi haruslah kita berhati2 memilihnya kerana takot tersalah pilih yang akan menghancurkan kita... jangan bermain dengan api awak... memang di dunia rasa seronok..tp akhirt??? awak faham kan maksud sy=)

KESEMBILAN... awak, renunglah wajah ibu bapa awak... tegarkan awak melukai hati mereka? kenangan kembali pengorbanan mereka yang memelihara dan mendidik kita, serta memberi kasih sayang kepada kita dari kita kecil sehingga kini... dengan usaha mereka untuk menyekolahkan kita dari tadika, skola rendah, skolah menegah dan masuk U... tahukah anda, kejayaan itu juga datang daripada berkat doa mereka... tanpa doa daripada mereka, adakah anda akan menggenggam A dengan jayanya? pernah kah awak terfikir, awak masih mampu dan kuat meneruskan kehidupan sehingga kini adalah disebabkan dorongan mereka...??? pandanglah wajah mereka,, saya yakin anda mampu berfikir mana yang baik mane yang buruk...

KESEPULUH...awak, dengar ni...saya nak ajak awak untuk sama2 melihat teladan daripada pohon semalu... kenalkan pohon itu? awak pernah tak dengar kisah Rasulullah berjalan2 bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah yang terpijak pohon semalu sehingga kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan? lalu, dia dengan rasa sedikit marah pon berkata apalah gunanya pohon semalu ni! tetapi Rasululllah dengan tenang berkata kepada puterinya itu, pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita... puterinya itu terkejut..awak juga terkejut tak??
jom, mari kita sama2 lihat ape yang kita boleh teladani daripada pohon semalu itu untuk diaplikasikan dalam diri kita sebagai seorang wanita...  pertama, pohon semalu itu kuncup apabila disentuh dan ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya... kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya maka kita semestinya tahu mempertahankan diri dan maruah kita sebagai seorang muslimah... ketiga, pohon ini juga berakar tunjang yang sangat kuat mengengkam bumi dan ini diibaratkan wanita hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengat pencipta kita, ALLAH RABBUL ALAMIN... akhir sekali, pohon ini juga akan kuncup dengan sendirinya apabila tiba waktu senja, oleh itu para wanita hendaklah kembali ke rumah apabila waktu semakin senja... 
hebatkan ALLAH? daripada pohon ini pun kita bisa mengambil iktibar.. jadi, mari sama2 kita jadi pohon semalu ye? boleh kan?

KESEBELAS... ini yang terakhir dari sy awak... saya nak ajak awak untuk sama2 kita melihat ibrah daripada kisah puteri Rasulullah, iaitu saidatina Fatimah yang memendam perasaan cintanya kepada Saidatina Ali dan mengagumi,merindui dan memasang impian untuk hidup bersamanya... Namun, Saidatina Fatimah tidak pernah menghantar surat tanpa pengetahuan Baginda, malah berhubung  melalui burung merpati bagi mengatur pertemuaan dengan Saidina Ali... begitu juga Saidina Ali, tidak pernah melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong, tidak berlaku biadap terhadap Baginda dengan mengorat atau membawa Fatimah lari.. dan juga dia tidak meminag Fatimah malah, edang berusaha membina kualiti diri.. awak, mari kita sama2 mencontohi Saidatina Fatimah... Urusan "Saidina Ali" biarlah Allah tentukan... ada yang mengatakan, Jika kita mencintai seseorng, janganlah kita beritahu si dia tetapi kita beritahu Allah... ngadu dekat Allah... kita yakin kan dengan janji ALLAH bukan?










awak, renung balik kata2 saya ni ok...


1) Usah dipandang ujian sebaliknya bukalah mata hati melihat nikmat dan kurniaan Allah yang begitu meluas.


2) Apabila hati dilanda kesedihan dan bermuram, capailah Al-Quran segera dan apabila fikiran melayang ke arah perkara yang tidak sepatutnya lancarkanlah lidah untuk menuturkan zikir qauli.

3) Bermonolog dengan Allah apabila melakukan satu-satu kerja dan rasakan kehadiran Dia yang sentiasa menemani.

4) Pilih lagu yang akhirnya mengingatkan diri kepada Allah.

5) Pilih bacaan yang sesuai sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat.

6) Qiamullail dan doa.

7) Sentiasa ingat mati dan berusaha untuk sentiasa solat di awal waktu.

8) Bersahabat dengan mereka yang solehah dan berkongsi ilmu.

9) Sayangi ibu dan ayah dan lakukanlah perkara yang menggembirakan hati mereka.

10) Jadilah seperti pohon semalu dan kaitkan dengan kebesaran Allah.

11) Mengambil iktibar kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali serta yakin dengan janji Allah.



p/s : semoga perkongsian ini dapat membantu awak2 semua ye... kaum HAWA, kita boleh!!!
       segala yang baik itu datang lah dari ALLAH dan yang kurang itu datang lah dari kelemahan 
       diri sy  sendiri.. tegur sy jika sy silap ye... asif... syukran membaca...(^_^)




10 comments:

Anonymous said...

wah..panjangnye pnat nk bce...
tpi xpe....
moga2 menjadi renungan n panduan pd mereka yg mempunyai masalah hati...
:P

sha shyna said...

hahaha..dah bace ke??

Anonymous said...

dh r....
:P

sha shyna said...

cehh... cepat..post2 je tros bace ea..haha...

syaiful said...

sabaq naa

sha shyna said...

haha..sabaq ape nye saiful???
petua saja lorh

.izzatzaid. said...

:)

sha shyna said...

izzat : (^_^)

miera_eday said...

>_<

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

syukran kak miera