Sunday, 20 November 2011

ALLAH masih sayangkan aku

..... terimbau kembali tragedi ngeri yang berlaku pada diri ini tanggal 16 Mei 2010 yang lalu...
penting tak tarikh ini?? bagi saya lah, ia penting sebab pada tanggal itulah sambutan hari guru ini disambut...
tambahan lagi, pada hari itu jugalah kemalangan yang melibatkan saya dan seorang rakan...antara motosikal dan sebuah kereta... mujur hanya kereta wira...

disebabkan ada rakan yang bertanya soal ini, maka lebih baiklah sy berkongsi cerita di blog ini...
sebenarnya sudah penat bercerita tentang ini..
moga kita semua dapat mengambil ikhtibar daripada cerita ini...

.... alkisah bermula ketika, sy dan seorg rakan ingin je pusat membeli belah yangberada di melaka,AEON  JAYA JUSCO... tujuan utama nya adalah ingin membeli hadiah buat mama tercinta dan juga buat guru fizik yang menjadi idola saya suatu ketika dahulu...
ketika iini, sy hanya mampu menunggang motosikal desebabkan tiada lesen kereta lagi...
setelah siap membeli hadiah buat guru itu, kami membeli sedikit makanan dan barangan untuk dibawa pulang ke asrama...
dalam perjalanan pulang ke rumah, jalan raya agak lenggang disebabkan ketika itu lebih kurang jam 3 ptg...
lagi2, hari ahad, mungkin juga orang ramai sedang berehat di rumah...
mungkin lah... 

kemalangan yang saya alami itu berlaku begini.. 
sebuah kereta proton wira yang dipandu oleh seorang wanita 20-an bersama ibunya berada di tengah jalanraya, yakni, sama ada akan belok ke kanan atau pun terus...
tetapi setelah saya benar2 memastikan tiada tanda2 dia akan membelok, sy menjangka dia akan ke hadapan...
namun, malangnya, tbe2 kereta itu membelok ke kiri untuk memasuki simpang...
disebabkan kenderaan sedang bergerak, saya pon bergerak juga seperti biasa dan terkejut akan tindakan kereta itu lalu mencapai brek ketika itu...
namun, malang nasib ini kerana, disebabkan terlalu hampir, akhirnya, terlanggar juga kereta itu...
nak elak ke tepi pun tak berani sebab ada parit dan tembol ditepi tu...
lagipon dalam keadaan yang mengejutkan...
saya telah melanggar pintu belakang bahagian kiri kereta tersebut dan mengakibatkan remuk di bahagian itu dan pecah cermin pintu itu... 
selepas itu, pacuan 4 roda itu pon meneruskan belokkannya lalu melanggar tembok persimpangan jalan itu...
kemudian, rakan saya yang tercampak daripada pacuan 2 org tunggangan sy itu pon menuju ke arah sy dan mengajak sy pulang... sy tidak mendengar ajakan dia kerana semasa kejadian itu sy tidak dapat menyedarkan diri sepenuhnya... rasa seperti 50-50...
kesakitan yang dialami tidak dapat dirasai dan sy xboleh bangun ketika itu...
sy tersergam indah diantara kereta dan moto tu... kire macam tersepit!
YA ALLAH, bagaimanakah keadaan ku ketika itu...
mujur sy memakai sweater yang agak tebal, maka tiada kecederaan yang saya alami di badan.
tetapi hanya luka2 di muka...
kemudian, org ramai berkumpul dan menghubungi pihak ambulans dan ibubapa sy yang ketika itu berada di shah alam.. sy dan rakan di bawak ke wad kecemasan hospital besar melaka..
terasa seperti mayat hidup kerana tidak mampu melakukan apa2 malah berkata2...
mendapat rawat pada jam 10 malam ttapi hanya membersihkan luka di muka dan menjahitnya sahaja...
perit merasakan tusukan jarum yang menembusi muka ni...
waa, macam nak nangis je...tp apekan daya, xmampu melakukan apa2...
kemudian bermalam di hospital itu...
malam itu meminta handfon kepunyaan diri dari mama,
setelah membuka handfn itu, didapati deretan mesej masuk dan ramai bertanyekan keadaan...
tidak disngka khabar ini sepantas kilat sahaja teman2 mendapat tahu..
entah dari mana sy pon tak tahu...
keesokkan harinya, sy di bawa untuk simen kaki kerana terdapat kecederaan dalaman...
malangnya, tindakan hospital itu lambat dan menyebabkan ayah dan mama yang khuatir akan sy menukarkan 
sy ke putra specialist hospital... di sana sy di X ray di muka bahu dan kaki...
dan doktor ortopedik memberitahu bahawa terdapat 5 serpihan kaca di muka kanan sy walaupun telah dibersihkan dan dijahit...
dan terdapat retakan di bahu belakang kanan sy, patah di bahagian depan bahu dan rahang bawah hadapan dan kanan... ligamen lutut kanan juga putus...maka, terlantarlah sy di atas katil itu....

sekadar gambar hiasan...



beginilah keadaan bahu yang patah ketika di XRAY

ketakutan menyerbu diriku kerana mendapat tahu akan di"operate" esok..
bagi mengeluarkan serpihan kaca dimuka, memasang skru dan plate di bahu dan juga lutut....
YA ALLAH, dugaan lagii... dengan iringan doa mama ayah, saudaramara, guru2 dan juga teman2,
ALHAMDULILLAH saya selamat dibedah...
pelbagai perkara yang dihadapi sepanjang 8hari berada di wad dan 4bulan MC...
yang hanya mampu dipohon kepada Illahi adalah saya bisa menjadi hambaNYA seperti sedia kala...

setelah dioperate bagi menyambungkan ligamen yang putus...

SYUKUR, DIA perkenankan permintaan sy..
sedikit demi sedikit sy cuba untuk bangun dan berjaya walaupun dilarang mama ayah...
suatu malam, dihadapan mama dan ayah, sy cuba bangun dengan sokongan mereka...
sangkaan mereka sy belum masih mampu bangun, namun, dikuatkan semangat,
dengan gagah diri ini berdiri... lalu bersama adik ke kedai berhampiran rumah..
eseronok xkepalang kerana setelah beberapa bulan terperap dirumah...
terasa terharu kerana, ayah menitiskan air mata kegembiraan kerana melihat saya dapat berjalan seperti sediakala walaupun sukar...
ALHAMULDULILLAH, sedikit demi sedikit dapatlah sy meneruskan kehidupan sediakala dengan izinNYA... kini, sy REDHA atas segala ketentuanNYA yang diberikan kepada diri ini...

p/s: buat teman2 diluar sana, sama2 lah kita hargai diri ini sebaiknya kerana ia adalah anugerah daripada NYA buat kita... dan, sama2 kita memberi semangat pada diri kita agar lebih kuat pada masa kini dan akan datang.., ALLAH tidak akan menduga hambaNYA jika dia tidak mampu... yakinlah bahawa, setiap seuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya... dan pasti haruslah kita REDHA dengan segala ketentuanNYA... insyaAllah...

~sekadar perkongsian bersama~

8 comments:

Anonymous said...

semoga kejadian yg berlaku nie membuat kte lbih berhati-hati...
Bersyukurla kpd Allah kerana setiap yg berlaku itu adalah ketentuanNya... :P

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

insyaAllah.. DIA maha mengetahui akan sesuatu...

NAURAH MIRZA said...

Anem , sedihnya bila baca story ni . teringat tahun lepas . semua kat hostel kecoh bila dengar kau and azua accident . dahlah esok tu kita ada sambutan hari guru kan ? sedih , sedih , sedih . Syukur sebab Allah beri peluang . Peringatan untuk aku jugak . Syukran .

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

mai, yup..bila aku teringat balik sedih juga sebab mase tu rase down sngt,yela lagi2 nak dekat spm kan... dah lah banyak lagi xcatch up mase tu...but xpe, DIA masih syg kan kita sebab masih beri kita peluang untuk hidup di alam yang serba indah ini...moga kita menghayati kehidupan kita ini sebaik mungkin.... insyaAllah DIA akan jage kita =)

Muhammad Ariff Ar-Razi Ar-Rizqi said...

Alhamdulillah, Allah telah memberikan semangat kepada sahabatku ini untuk tabah menghadapi apa jua dugaan dan cabaran daripada Allah S.W.T. Ingat, setiap ujian dan dugaan ada hikmah tersurat dan tersirat yang Allah S.W.T. telah tetapkan...Semoga kita sama2 sentiasa mendapat tarbiyah daripada Allah S.W.T. untuk mendapatkan keredhaan Allah...SYAFAKALLAH...=)

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

syukran akhi ariff... ye, itu tandanya DIA sayang kan kita... DIA uji kita dengal pelbagai ujian sebab DIA nak tgk tahap keimanan kita kepadanya...
DIA xkan menguji hambaNYA diluar keupayaaan kita...DIA maha mengetahui akan sesuatu yang tsirat mahupun tsurat.. marilah sama2 kita jadi hambaNYA yang cekal menghadapi semua ini... =)

miera_eday said...

smoge Allah merahmati kamu!~

DURRAH NUR IMTIYAZ said...

hehe...syukran ukhti...