Friday, 25 November 2011

Jumaat terakhir 1432H...


.... pagi yang indah kembali muncul...ia adalah penghulu segala hari...iaitu JUMAAT namanya...
namun, Jumaat kali ini berbeza sedikit...
ini adalah JUMAAT yang terakhir dalam tahun islam 1432H...
kita tidak dapat berjumpa dengan ini lagi selapas ini..kerana masa tidak bisa diundurkan...
tanggal 27 november 2011 bersamaan 1hijrah...
iaitu tahun baru dalam islam... hanya tinggal beberapa "saat" sahaja lagi untuk kita
merasai kehidupan dan kenikmatan dalam tahun 1432 H...

dikesempatan ini juga, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
 saya ,
 ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh umat islam dan yang bukan islam...
sama ada yang dikenali atau pun tidak...
baik keluarga, teman2 skm 2, sra merlimau pasir, smka sharifah rodziah, stamford college , iium. 
dan kepada semua saudara seagama dan sebangsa sekalian...
acap kali diri ini melakukan kesalahan kepada kalian semua... mengguris hati kalian,
melakukan perkara yang tidak disukai dan sebagainya...
baik secara sengaja atau tidak disengajakan... 
dari segi percakapan,perlakukan, gerak geri, memek muka dan sebagainya...
mohon kemaafan ye...
sama2lah kita maaf memaafi kerana amalan ini adalah amalan yang disukai ALLAH...
moga ukhwah yang telah terjalin antara kita akan terus terjalin selamanya...
insyaAllah =)

di hari yang penuh barakah ini, marilah sama2 kita tadah tangan dan berdoa kepadaNYA...

YA ALLAH ya tuhanku... pada hari yang penuh barakah ini,
kami memohon seribu keampunan kepadaMU atas segala dosa yang telah kami lakukan secara sedar atau pun tidak sedar sebelum ini... dosa yang lalu,kini dan yang akan datang YA ALLAH..
ampunkan lah dosa2 kami kerana KAU maha pengampun dan sukakan keampunan...
YA ALLAH, jadikan lah kami hambaMU yang mu'minah YA ALLAH..
sucikanlah hati dan fikiran kami daripada segala sifat2 mazmumah dan gantikanlah ia
dengan sifat2 mahmudah... jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah kepada kedua ibubapa kami
yang telah banyak berkorban untuk kami...
tajamkanlah dan kuatkanlah daya ingatan kami agar kami dapat menimba ilmu2 MU
sebanyak mungkin, yang dapat menyebarkan dakwah MU dan jadikanlah kami insan2 yang berjaya dunia akhirat YA ALLAH...
jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa mengamalkan sifat2 mahmudah MU..
berikanlah ketabahan dan kekuatan dalam diri kami agar kami terus istiqomah dalam melaksanakan
amanahMU ya ALLAH..
insyaAllah... AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....


p/s: marilah kita hayati JUMAAT terakhir pada tahun ini... moga ia memberi seribu keberkatan buat kita semua... insyaallah...







Wednesday, 23 November 2011

meow...meow...meow...

........  mata difokuskan ke hadapan.. pacuan empat roda itu dipandu dengan begitu teliti melintasi 
terminal melaka central...
sedang asyik berbual bersama walid nya,tiba2 walidnya terhenti dari berkata2...
dia kehairanan lalu menujukan pandangan ke arah tempat yang dilihat walidnya sebentar tdi...
hatinya terasa ingin mengetahui apakah yang terjadi...
kelihatan sebuah pacuan berhenti di tengah2 jalan tetapi di dapati tiada pemandunya...
diperhatikan dengan teliti akan persekitaran...


kelihatan seorang mat salleh berjalan menuju ke arah seekor kucing yang
"terbaring" di atas jalan raya itu...
dia perhatikan gelagat insan itu... mulia sungguh hatinya...
dia mengambil kucing yang cedera itu lalu di bawanya ke atas rumput di tepi jalan itu..
dibersihkan darah yang ada pada kucing itu...
lalu dia menuju kembali ke pacuan nya dan meneruskan perjalanan..
YA ALLAH, mengapakah tiada insan yang melintasi jalan itu menyelamatkan haiwan itu?
mujur ada mat salleh itu... jika tidak,mungkin haiwan itu akan mati dilenyek oleh beribu pacuan 
yang lalu disitu...
moga Allah memberikan hidayah dan ganjaran atas perbuatan mulia insan itu...  =)
mengapa tiada seorang mu'min pun yang mengambil perhatian atas haiwan itu??? 
.... tahukan anda bahawa kucing ini merupakan haiwan kesayangn Rasulullah s.a.w ???
Baginda amat menjaga kebajikan haiwan ini...
memeliharanya, menyayanginya juga adalah sunnah... besar pahala nya jika 
orang yang mengamalkan sunnah nabi....


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)


Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

jelas kelihatan bahawa Baginda amat menyayangi haiwan ini...
kita sebagai manusia yang punya hati dan perasaan juga haruslah saling menyayangi antara 
satu same lain... malah, kepada haiwan juga...
kerana mereka juga adalah makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini...
haiwan juga punya perasaan... contohnya kucing itu, 
jika ada insan yang menolongnya dikala dia dalam kesusahan...
adakah kita tahu ape yang difikirkan oleh haiwan itu??
mungkin juga haiwan itu akan mendoakan yang terbaik kepada kita...
barangkali juga ia akan membantu kita suatu hari nanti...
Allah itu maha adil... Setiap kebaikan itu pasti akan diberikan ganjarannya...

berbaktilah kepada sesiapa sahaja baik manusia atau pun haiwan...
walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik kasih sayang yang kita berikan 
kepada mereka akan dikira sebagai satu amalan yang cukup besar olehNYA...
insyaallah...





haiwan juga punya hati dan perasaan... mereka juga perlu dibelai dan dimanjai... 
(^_^)

Tuesday, 22 November 2011

minat muzik tak salah tapi haruslah berhati2



.... Muzik iaitu salah satu cara bagi kita menghiburkan diri...
namun haruslah kita berhati2 kerana kini orang kafir sedang berusaha untuk menjatuhkan kita umat islam dengan pelbagai cara antaranya muzik... islam tidak mengharamkan muzik jika ia kena pada tempatnya...

teliti video dibawah ini dan muhasabah diri anda =) ini merupakan salah satu cara orang yahudi ingin menjatuhkan kita...



Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak
dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah
kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan
bagi mulut dan perut; pemandangan yang indah
menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya.

Syarah: ini adalah hujah mantik atau logika fitrah; kenapa untuk
memenuhi perut kita, kita sentiasa mencari makanan
yang lazat-lazat? Begitu juga manusia amat tergerak utk melancong,
 menjamu matanya dengan pemandangan yang
mengasyikan; begitu juga mereka gemar menghidu bau-bauan yang
 harum bak kesthuri; kenapa kita lupa kepada
telinga; dia juga berhak mendengar yang baik dan lazat-lazat berupa
nyanyian merdu dan alunan musik yang
menenangkan jiwa dan 'aqal....

Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi islam?!

Kami mendatangkan beberapa dalil qur'ani:

1.umat islam, umat akhir zaman diberi banyak keistimewaan dan pelepas berbanding umat yang terdahulu...
Memang, umat yahudi telah kita sedia maklum telah diharamkan allah sebahagian besar daripada kelazatan
duniawi ke atas umat yahudi atas kekufuran mereka: firman -nya dalam surah nisa': 160-161 (maksud): 
maka disebabkan kezaliman yang amat besar dr perbuatan orang-orang yahudi, kami (allah)
mengharamkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bg mereka, dan disebabkan
mereka banyak menghalang manusia dr jalan allah. Dan juga disebabkan mereka mengambil riba' pada
hal mereka telah dilarang melakukannya, dan disebabkan mereka memakan harta orang lain dengan jalan
yang salah...):

2.umat yahudi dan kristian amat dengki lantaran keistimewaan yang dilimpahkan keatas umat muhammad. Lama
sebelum rasulullah saw diutus, kitab-kitab tua samawi telah menceritakan dengan detail akan risalah
muhammadiah ini dan intisari ajarannya: firman allah (maksud):...yang mereka dapati tertulis( nama
muhammad dan sifat-sifatnya) dalam taurat dan injil (torah and bible) yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh
mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka drpd mengerjakan perkara-perkara yang keji;
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala benda yang
buruk; dan ia juga menghapuskan dr mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka.. (al a'araf:
157)

3.setiap benda yang baik lazimnya halal; oleh itu setiap perkara yang baik dipandang oleh jiwa danamp;
akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat islam ini dan juga kerana
kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah islam. Firman allah (maksud):mereka bertanya
kepadamu:apakah yang dihalalkan bagi mereka?bagi menjawabnya katakanlah:dihalalkan bagi kamu yang
lazat-lazat serta baik. (maaidah: 4)

4.hak halal/haram adalah milik mutlak allah: tidak berhak bagi manusia mengharamkan untuk diri mereka
sendiri atau orang lain perkara-perkara yang baik yang telah direzkikan walaubagaimana baik sekali niatnya. Hak
mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik allah saja: (maksud) katakanlah:' sudahkah kamu nampak
baik buruknya sesuatu yang diturunkan allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian
drpdnya haram dan sebahagian lagi halal?katakanlah lagi (kpd mereka):adakah allah mengizinkan kepada
kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap allah? (yunus:59)

5.sesiapa yang memandai-mandai dalam isu halal/haram dimurkai allah: 
firman allah (maksud): sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka
kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah
(mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh allah kepada mereka dengan berdusta
terhadap allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk. (al an'am: 140)

wallahua'lam
ref: prof yusof qardhawi


Sunday, 20 November 2011

ALLAH masih sayangkan aku

..... terimbau kembali tragedi ngeri yang berlaku pada diri ini tanggal 16 Mei 2010 yang lalu...
penting tak tarikh ini?? bagi saya lah, ia penting sebab pada tanggal itulah sambutan hari guru ini disambut...
tambahan lagi, pada hari itu jugalah kemalangan yang melibatkan saya dan seorang rakan...antara motosikal dan sebuah kereta... mujur hanya kereta wira...

disebabkan ada rakan yang bertanya soal ini, maka lebih baiklah sy berkongsi cerita di blog ini...
sebenarnya sudah penat bercerita tentang ini..
moga kita semua dapat mengambil ikhtibar daripada cerita ini...

.... alkisah bermula ketika, sy dan seorg rakan ingin je pusat membeli belah yangberada di melaka,AEON  JAYA JUSCO... tujuan utama nya adalah ingin membeli hadiah buat mama tercinta dan juga buat guru fizik yang menjadi idola saya suatu ketika dahulu...
ketika iini, sy hanya mampu menunggang motosikal desebabkan tiada lesen kereta lagi...
setelah siap membeli hadiah buat guru itu, kami membeli sedikit makanan dan barangan untuk dibawa pulang ke asrama...
dalam perjalanan pulang ke rumah, jalan raya agak lenggang disebabkan ketika itu lebih kurang jam 3 ptg...
lagi2, hari ahad, mungkin juga orang ramai sedang berehat di rumah...
mungkin lah... 

kemalangan yang saya alami itu berlaku begini.. 
sebuah kereta proton wira yang dipandu oleh seorang wanita 20-an bersama ibunya berada di tengah jalanraya, yakni, sama ada akan belok ke kanan atau pun terus...
tetapi setelah saya benar2 memastikan tiada tanda2 dia akan membelok, sy menjangka dia akan ke hadapan...
namun, malangnya, tbe2 kereta itu membelok ke kiri untuk memasuki simpang...
disebabkan kenderaan sedang bergerak, saya pon bergerak juga seperti biasa dan terkejut akan tindakan kereta itu lalu mencapai brek ketika itu...
namun, malang nasib ini kerana, disebabkan terlalu hampir, akhirnya, terlanggar juga kereta itu...
nak elak ke tepi pun tak berani sebab ada parit dan tembol ditepi tu...
lagipon dalam keadaan yang mengejutkan...
saya telah melanggar pintu belakang bahagian kiri kereta tersebut dan mengakibatkan remuk di bahagian itu dan pecah cermin pintu itu... 
selepas itu, pacuan 4 roda itu pon meneruskan belokkannya lalu melanggar tembok persimpangan jalan itu...
kemudian, rakan saya yang tercampak daripada pacuan 2 org tunggangan sy itu pon menuju ke arah sy dan mengajak sy pulang... sy tidak mendengar ajakan dia kerana semasa kejadian itu sy tidak dapat menyedarkan diri sepenuhnya... rasa seperti 50-50...
kesakitan yang dialami tidak dapat dirasai dan sy xboleh bangun ketika itu...
sy tersergam indah diantara kereta dan moto tu... kire macam tersepit!
YA ALLAH, bagaimanakah keadaan ku ketika itu...
mujur sy memakai sweater yang agak tebal, maka tiada kecederaan yang saya alami di badan.
tetapi hanya luka2 di muka...
kemudian, org ramai berkumpul dan menghubungi pihak ambulans dan ibubapa sy yang ketika itu berada di shah alam.. sy dan rakan di bawak ke wad kecemasan hospital besar melaka..
terasa seperti mayat hidup kerana tidak mampu melakukan apa2 malah berkata2...
mendapat rawat pada jam 10 malam ttapi hanya membersihkan luka di muka dan menjahitnya sahaja...
perit merasakan tusukan jarum yang menembusi muka ni...
waa, macam nak nangis je...tp apekan daya, xmampu melakukan apa2...
kemudian bermalam di hospital itu...
malam itu meminta handfon kepunyaan diri dari mama,
setelah membuka handfn itu, didapati deretan mesej masuk dan ramai bertanyekan keadaan...
tidak disngka khabar ini sepantas kilat sahaja teman2 mendapat tahu..
entah dari mana sy pon tak tahu...
keesokkan harinya, sy di bawa untuk simen kaki kerana terdapat kecederaan dalaman...
malangnya, tindakan hospital itu lambat dan menyebabkan ayah dan mama yang khuatir akan sy menukarkan 
sy ke putra specialist hospital... di sana sy di X ray di muka bahu dan kaki...
dan doktor ortopedik memberitahu bahawa terdapat 5 serpihan kaca di muka kanan sy walaupun telah dibersihkan dan dijahit...
dan terdapat retakan di bahu belakang kanan sy, patah di bahagian depan bahu dan rahang bawah hadapan dan kanan... ligamen lutut kanan juga putus...maka, terlantarlah sy di atas katil itu....

sekadar gambar hiasan...



beginilah keadaan bahu yang patah ketika di XRAY

ketakutan menyerbu diriku kerana mendapat tahu akan di"operate" esok..
bagi mengeluarkan serpihan kaca dimuka, memasang skru dan plate di bahu dan juga lutut....
YA ALLAH, dugaan lagii... dengan iringan doa mama ayah, saudaramara, guru2 dan juga teman2,
ALHAMDULILLAH saya selamat dibedah...
pelbagai perkara yang dihadapi sepanjang 8hari berada di wad dan 4bulan MC...
yang hanya mampu dipohon kepada Illahi adalah saya bisa menjadi hambaNYA seperti sedia kala...

setelah dioperate bagi menyambungkan ligamen yang putus...

SYUKUR, DIA perkenankan permintaan sy..
sedikit demi sedikit sy cuba untuk bangun dan berjaya walaupun dilarang mama ayah...
suatu malam, dihadapan mama dan ayah, sy cuba bangun dengan sokongan mereka...
sangkaan mereka sy belum masih mampu bangun, namun, dikuatkan semangat,
dengan gagah diri ini berdiri... lalu bersama adik ke kedai berhampiran rumah..
eseronok xkepalang kerana setelah beberapa bulan terperap dirumah...
terasa terharu kerana, ayah menitiskan air mata kegembiraan kerana melihat saya dapat berjalan seperti sediakala walaupun sukar...
ALHAMULDULILLAH, sedikit demi sedikit dapatlah sy meneruskan kehidupan sediakala dengan izinNYA... kini, sy REDHA atas segala ketentuanNYA yang diberikan kepada diri ini...

p/s: buat teman2 diluar sana, sama2 lah kita hargai diri ini sebaiknya kerana ia adalah anugerah daripada NYA buat kita... dan, sama2 kita memberi semangat pada diri kita agar lebih kuat pada masa kini dan akan datang.., ALLAH tidak akan menduga hambaNYA jika dia tidak mampu... yakinlah bahawa, setiap seuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya... dan pasti haruslah kita REDHA dengan segala ketentuanNYA... insyaAllah...

~sekadar perkongsian bersama~

Wednesday, 16 November 2011

buat HAWA yang kecewa ditinggalkan ADAM..

.... awak2... awak2... ye, saya panggil awak..
kaum HAWA yang sedang bace entri ini... menarik bukan titlenya?
awak sedang berduka sekarang? kerap menangis? patah hati disebabkan ditinggalkan bf?
hati berkecai ditinggalkan kaum adam? awak kesepian ye? 
jika begitu, mari sini dekat ngan sy... biar sy peluk awak...
awak luahkan masalah awak kat sy...
insyaAllah sy boleh bantu... sekurang2nya., awak rasa lega sedikit...
cerita lah dekat sy, sebentar sahaja... boleh kan?? syukran ye awak...

saya tau ape masalah awak... izinkan saya selami ati awak supaya saya boleh faham situasi awak ye...
awak asyik menangis? masih teringat akan dia kan??
saya pun pernah merasai ini semua... sy cube tolong awak ye...INSYAALLAH...
awak dah banyak kali putus? atau ni yang first time?
xmengapa..ini bukan persoalannya.. awak rasa penat ye hadapi ini semua?
mesti ramai kan yang ckp kat awak tak payah couple kembali kat ALLAH, sebab ikatan tu tak menjamin apa2 lagi kan? tp awak rasa sukar ye? tidak mengapa, sy faham awak..
kita manusia biasa kan... xsempurna mana... tp sy sokong kalau awak ada keinginan nak berubah..
tp masih rasa sukar ye? selalu teringat kat dia lagi ye... kalau teringat mesti air jernih pada wajah 
awak mengalirkan?

sy tahu kadang2 tengok saja luaran awak happy kan... ceria je...tp
hakikatnya hati awak sedang menangis.. betul kan? kadang2 terasa kecewa dan sedih teringat akan perubahan yang dia lakukan ye...terasa rindu kat dia ye? selalu tunggu mesej dan col dari dia ye?
xpe,saya faham situasi awak sebab sy pon perempuan jugak...
walau kita berbeza latar belakng pon, tapi kita tetap mempunyai naluri yang sama...iaitu naluri seorang wanita.. tidak betul itu?
sy turut merasai ape yang awak rasa sekarang... angap saja lah sy sedang ada disebelah awak ye...
anggap juga kita sudah lama kenal...

benar, sy juga seperti yang lain... sama seperti mereka yang menasihati awak supaya meninggalkan cinta yang tidak diredhaiNYA... kerana awak dan dia belum ada apa2 ikatan yang sah bukan?
cinta yang sebenar adalah cinta selepas nikah... tidak perlu sy mengulangi kata2 itu kan, sebab awak pun dah sedia maklum dengan semua itu kan?
awak tau cinta yang abadi adalah cinta hakiki...CINTA ALLAH..tetapi masih mengharapkan cinta insani ye...
tidak mengapa, asalkan ada dalam diri awak tu keinginan nak berubah mendekati ALLAH...
atau... awak masih tidak boleh melupakan dia??? ya awak, sy tau ia sukar... tp saya takut awak..
saya takut awak kecewa lagi... sy xmahu semua itu terjadi lagi dekat awak...
sebab sy tahu, nnti awak mesti tak tenang kan... meti awak xdapat fkuskan dalam pelajaran dan sebagainya...

hati awak nnti mesti akan hancur lebur kan? junjungan besar NABI S.A.W  pun cakap, wanita ini ibarat 
seperti kaca... bayangkan kaca yang telah pecah, boleh kah ia bercantum kembali? 
walaupun ia bercantum, masih ada kan serpihan2 kaca yang tertinggal...
nmun, sakit yang dialami disebabkan kekecewaan itu mampu diubati.. sebab
kita ad DIA..pencipta kita...
cuba rasakan DIA sedang melihat kita ketika ini... AL -KHALIQ kita...
penuh kasih sayang kan? dapat rasakan?
jika awak nekad ingin terus berubah, teruskan awak baca entri ini...
jika awak juga tidak mahu lagi tenggelam dalam nafsu cinta...

oh, tidak mengapa jika awak perlukan masa...
silalah..sy tidak memaksa... fikirlah sebaik2nya ye..
sy ingin beritahu awak. kalau kita nak berubah, tidak cukup dengan keinginan sahaja...
ia mestilah diiringi dengan niat, keazaman dan perlakuan...
kekuatan batin itu perlu bagi awak hadapi semua ini...
awak dah fikir dah? jika sudah, teruskanlah mendengar bicara sy ini ye..
jika belum, tidak mengapa, awak ambil masa elok2, pk baik2... walau apepon, sy tetap tunggu awk kat sini ye...

AWAK YANG INGIN BERUBAH,
awak masih rasa sukar ye? tidak mengapa...sesukar mana pun, sy setia bersama awak..
sebab sy sayang kan awak kerana DIA.. sy xnk awak alami benda yang sama lagi..
insyaAllah sy cuba bantu awak ye.. cuba dulu ye.. 
keazaman awak nak berubah kuatkan? ALHAMDULILLAH..

PERTAMA... ujian ni buat awak rasa berat sangat kan? ujian ditinggalkan kekasih hati amat berat ye buat awak? baiklah, sy nak ajak awak sama2 kita fikir lebih jauh... cuba kita renungkan dan lihat mereka yang dalam kesusahan... terpaksa mencari rezeki di celah2 sampah yang menggunung dan busuk itu... mencari tin2, botol2 kaca dan barangan terpakai untuk dijual bagi menyara kehidupan mereka... apakah awak masih rasa ujian yang awak alami itu lebih berat dari mereka? mari kita lihat lagi, orang2 yang mengalami penyakit misteri sehingga tidak bisa melakukan apa2...tidak mampu bangun, makan dan sebagainya... masih awak merasa berat lagi? mari kita lihat, kehidupan mereka yang tidak mempunyai ibubapa, hidup sebatang kara didunia ini...cuba bayang kan perasaan mereka saat hari raya menjelang...adakah awak masih rasa ujian awak lebih berat berbanding mereka? awak, usahlah kita melihat ujian itu..tetapi lihatlah atas nikmatNYA terhadap kita..
awak terasa malu tidak? sy malu awak... nikmat menggunung DIA berikan kepada kita tetepi kita masih tidak mampu menghadapi ujianNYA yang sekecil itu... 

KEDUA... saya tau awak masih bersedih kan teringat akan dia... ingin dilupakan tetapi masih lagi berterbangan di fikiran ye... cube awak sedaya upaya luputkan ingatan awak terhadap dia dan menggantikan dengan mengingatiNYA... boleh awk? mcm ni lah, bila awak teringat dia je, awak pegi ambil wudu' kemudian capai al quran... then, awak hayati satu demi satu maknanya... bila ingat dia je terus ambil al quran, bolehkan awak? atau pun, leih mudah lagi, bila ingat dia je, awak berzikir.. zikir qauli awak... bila teringat dia, lafazkan lah kalimah suci Astagfirullah, aku memohon ampun kepada Allah... mudahkan awak? bila ingat lagi, ucap hasbi rabbii, maa fi qalbi ghairullah...maknenya, cukuplah Allah bagiku, tiada dalam hatiku melainkanNYA...
kalau awak zikir, sebaik2nya kita tahu ape yang kita zikirkan itu ye...benar bukan? ini salah contoh zikir yang saya bagi... nanti awak boleh lah cri yang lain ye... kalau betul kita nak capai CINTANYA, kite  kenalah usaha.. try slow2 ye... sy yakin awak boleh...kalau keinginan awak kuat untuk melakukannya, INSYAALLAH pasti awak mampu...

KETIGA... sibukkan diri awak... mean, sibukkan diri awak dengan berdialog dengan Allah bukan sibuk membalas mesej dia ye... jika awak bersendirian, tiba2 ingatan kepadanya kembali, cepat2 padam,..ingat kat Allah...kene kuat ye,..jangan layan perasaan tu...cuba lakukan aktiviti yang berfaedah... niat dalam diri nak buat benda berfaedah..contohnya cmni... "Ya Allah, hari ini saya nak tolong mak kemas rumah, biar mak gembira.." mesti Allah suka kan... DIA akan bantu kita... dan kemudian monolog lah, tapi jangn enyum di khalayak ramai ye...
maklumlah, nnti org ingat kita tak betul pula...dah faham kan maksud sy? lagipun bercinta dengan ALLAH tidak perlu kita nak keluarkan duit bagai... xpayah nak beli topup... membazir je...Allah mudahkan kita, dia tak suka kita membazir... lagi kita cuba mendekatinya, lagi DIA sayang dekat kita tau... ingat DIA je sepanjang masa ye... tak semestinya dalam solat... boleh kan? indah lagi romantik kan cara ni? sy tau awak senyum sekarang...hehe

KEEMPAT...awak suka dengar lagu tak? kalau suka, lagu apa awak suka dengar?? mesti lagu jiwang kan..
haha... awak, tak payah lah dengar lagu cm2... makin buat awak sedeh je nanti...awak boleh pilih nak dengan nasyid..lagu ketuhanan awk... lebih baik lagi kalau kita ingatkan diri kita dengar lagu2 tentang kematian dan taubat... lagu tentang ibubapa pun bagus juga... hayati lirik dia satu persatu ye... jadikan ini hobi yang berfaeda disamping dapat menghiurkan diri anda... jika kena pada tempatnya, ia juga boleh membantu kita mendidik jiwa...
awak mesti pernah menangis kan masadengar lagu... hihi... hati wanita...memang lembut..  

KELIMA... pembacaan... ni pon awak kene pilih juga... saya cadangkan awak beli buku2 islam dan wanita... baca sirah RAsulullah, lihatlah betapa NABI dahulunya begitu bersusah payah menaikkan martabat wanita, apakah sanggup kita berlaku kejam terhadap baginda yang pada saat2 akhir hidup baginda, baginda tidak putus2 menyebut ummati, ummati, ummati? begitu besar kasih sayang yang ditunjukkan Baginda kepada kita umatnya kan... jika nak tau lagi sila lah layari internet, cari berkaitan sirah nabi dan islam... tidak perlulah baca banyak2 dalam atu masa...satu hari baca 1 artikel pon dah cukup asalkan kite istiqomah... lagi 1, ia juga akan membuka minda kita.. =D boleh ye?

KEENAM... Qiamullail... kalau awak mampu buat ni lagi bagus... tenang dan damai je... kalau awak asyik bersedih je...tak tahu nak luahkan kat sapa, Allah kan ada? apa kata kita luang kan masa bersamaNYA... bangun  dikala orng lain sibuk dibuai mimpi..tidakkah itu sepi lagi tenang?  awak nanges la puas2 dekat DIA.. cerita semua kat DIA ye... DIA maha mendengar.. awak nak pohon ape2 silakan,,DIA lai suka... DIA ada ckp, cuba awak buka AL-Quran surah Al Ghafir ayat 60 , "berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu" 
tengok, caringkan DIA... sape agi caring DIA ke dia??? mesti DIA kan... jadi, pergilah kat DIA ye..ok?

KETUJUH... zikrul maut... iaitu ingat pada kematian... ni pon boleh tahan mujarab... bila kite ingat nak mati, kite xkan teringat kan org lain... cube bayangkan awak akan mati kejap lagi...kejap je lagi...mungkin selepas awak habis dengar bicara saya ni... mungkin? mesti bila ingat mati tu, setiap masaawak nak siapkan bekalan untuk dibawa pulang nanti kan... solat pon awal waktu, dengar azan je terus ambil wudu' dan solat... banyak mana amal kebaikan kite ye... awak, sy takut... awak tak rasa cm2 jugak ke?

KELAPAN... awak carilah sahabat2 yang boleh bimbing awak ke jalanNYA... awak carilah sahabat2 yang boleh berkongsi ilmu mengenali ALLAH... cari sahabat sebegini, jiwa awak akan terisi dengan nasihat2 daripada mereka... dalam kehidupan, berkawan dengan semua orang tetapi haruslah kita berhati2 memilihnya kerana takot tersalah pilih yang akan menghancurkan kita... jangan bermain dengan api awak... memang di dunia rasa seronok..tp akhirt??? awak faham kan maksud sy=)

KESEMBILAN... awak, renunglah wajah ibu bapa awak... tegarkan awak melukai hati mereka? kenangan kembali pengorbanan mereka yang memelihara dan mendidik kita, serta memberi kasih sayang kepada kita dari kita kecil sehingga kini... dengan usaha mereka untuk menyekolahkan kita dari tadika, skola rendah, skolah menegah dan masuk U... tahukah anda, kejayaan itu juga datang daripada berkat doa mereka... tanpa doa daripada mereka, adakah anda akan menggenggam A dengan jayanya? pernah kah awak terfikir, awak masih mampu dan kuat meneruskan kehidupan sehingga kini adalah disebabkan dorongan mereka...??? pandanglah wajah mereka,, saya yakin anda mampu berfikir mana yang baik mane yang buruk...

KESEPULUH...awak, dengar ni...saya nak ajak awak untuk sama2 melihat teladan daripada pohon semalu... kenalkan pohon itu? awak pernah tak dengar kisah Rasulullah berjalan2 bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah yang terpijak pohon semalu sehingga kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan? lalu, dia dengan rasa sedikit marah pon berkata apalah gunanya pohon semalu ni! tetapi Rasululllah dengan tenang berkata kepada puterinya itu, pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita... puterinya itu terkejut..awak juga terkejut tak??
jom, mari kita sama2 lihat ape yang kita boleh teladani daripada pohon semalu itu untuk diaplikasikan dalam diri kita sebagai seorang wanita...  pertama, pohon semalu itu kuncup apabila disentuh dan ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya... kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya maka kita semestinya tahu mempertahankan diri dan maruah kita sebagai seorang muslimah... ketiga, pohon ini juga berakar tunjang yang sangat kuat mengengkam bumi dan ini diibaratkan wanita hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengat pencipta kita, ALLAH RABBUL ALAMIN... akhir sekali, pohon ini juga akan kuncup dengan sendirinya apabila tiba waktu senja, oleh itu para wanita hendaklah kembali ke rumah apabila waktu semakin senja... 
hebatkan ALLAH? daripada pohon ini pun kita bisa mengambil iktibar.. jadi, mari sama2 kita jadi pohon semalu ye? boleh kan?

KESEBELAS... ini yang terakhir dari sy awak... saya nak ajak awak untuk sama2 kita melihat ibrah daripada kisah puteri Rasulullah, iaitu saidatina Fatimah yang memendam perasaan cintanya kepada Saidatina Ali dan mengagumi,merindui dan memasang impian untuk hidup bersamanya... Namun, Saidatina Fatimah tidak pernah menghantar surat tanpa pengetahuan Baginda, malah berhubung  melalui burung merpati bagi mengatur pertemuaan dengan Saidina Ali... begitu juga Saidina Ali, tidak pernah melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong, tidak berlaku biadap terhadap Baginda dengan mengorat atau membawa Fatimah lari.. dan juga dia tidak meminag Fatimah malah, edang berusaha membina kualiti diri.. awak, mari kita sama2 mencontohi Saidatina Fatimah... Urusan "Saidina Ali" biarlah Allah tentukan... ada yang mengatakan, Jika kita mencintai seseorng, janganlah kita beritahu si dia tetapi kita beritahu Allah... ngadu dekat Allah... kita yakin kan dengan janji ALLAH bukan?










awak, renung balik kata2 saya ni ok...


1) Usah dipandang ujian sebaliknya bukalah mata hati melihat nikmat dan kurniaan Allah yang begitu meluas.


2) Apabila hati dilanda kesedihan dan bermuram, capailah Al-Quran segera dan apabila fikiran melayang ke arah perkara yang tidak sepatutnya lancarkanlah lidah untuk menuturkan zikir qauli.

3) Bermonolog dengan Allah apabila melakukan satu-satu kerja dan rasakan kehadiran Dia yang sentiasa menemani.

4) Pilih lagu yang akhirnya mengingatkan diri kepada Allah.

5) Pilih bacaan yang sesuai sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat.

6) Qiamullail dan doa.

7) Sentiasa ingat mati dan berusaha untuk sentiasa solat di awal waktu.

8) Bersahabat dengan mereka yang solehah dan berkongsi ilmu.

9) Sayangi ibu dan ayah dan lakukanlah perkara yang menggembirakan hati mereka.

10) Jadilah seperti pohon semalu dan kaitkan dengan kebesaran Allah.

11) Mengambil iktibar kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali serta yakin dengan janji Allah.



p/s : semoga perkongsian ini dapat membantu awak2 semua ye... kaum HAWA, kita boleh!!!
       segala yang baik itu datang lah dari ALLAH dan yang kurang itu datang lah dari kelemahan 
       diri sy  sendiri.. tegur sy jika sy silap ye... asif... syukran membaca...(^_^)




Monday, 14 November 2011

haram itu tetap haramlah!

.... salah satu tanda akhir zaman adalah, ramai yang menghalalkan yang haram...
hurm, muhasabah diri anda...
adakah anda sudah bersedia menghadapi hari pembalasan???
adakah amalan kita sudah cukup untuk menampung kita diakhirat kelak???

... mengapa masih ramai dalam kalangan kita masih lagi memilih dunia percintaan yang masih belum jelas???
ramai sangat yang masih nak bercouple2 ni...
hurm, cuba anda fikirkan... dalam dunia couple2 ni, pasti akan berlaku perzinaan kan?
betul tak? siapa xbersetuju, sila bgtahu saya...

malah, timbul suara2 yang jahil mengatakan mereka bercouple adalah kerana ingin mengenal dengan lebih dekat lagi pasangn mereka...itu memang ada benarnya jika anda tidak fikirkannya secara mendalam..
jelas2 ALLAH telah berfirman dalam surah al Israa' ayat 32 :

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

di atas adalah dalil berdasarkan ayat2 al- quran... ini pula adalah hadis daripada junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W... baginda telah memperincikan jenis2 zina...
Daripada Abu Hurairah R.A berkata, Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

cube renungkan catatan dibawah ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

yang haram itu TETAP HARAM... orang yang jahil sahajalah yang menghalalkan nya...
mahukah kite menjadi orang2 yang jahil???

bagaimana kita ingin mengelakkan semua ini daripada berlaku???
ia dipanggil TA'aruf...
sila tonton sudutan video yang dipetik dari cerita ayat-ayat cinta ini..
segalanya jelas disampaikan...


selain itu, kita juga boleh lah mengamakan nikah khitbah bagi golongan muda zaman sekarang yang giat sangat bercinta...ia merupakan salah satu daripada cara mengelakkan perzinaan berlaku...

sudah terang lagi bersuluh! masih mahu lawan perintah ALLAH???
muhasabah balik apa tujuan kita dicipta olehNYA...
untuk menurut perintahnya ke atau mahu mengingkarinya???

Ya ALLAH ya tuhanku, KAU berikanlah hidayah kepada sahabat2 ku diluar sana...
tunjukkanlah mereka pada jalanMU..
jadikanlah kami hambaMU yang beriman dan beramal soleh....
tempatkan kami dibawah rahmatMU...
AMIN ya rabbal 'alamin...


bertaubatlah anda selagi ada waktu =)

.... setiap orang di dunia ini pasti ada melakukan kesalahan kan? begitu juga dengan sy...
kita sebagai manusia biasa tidak sempurna... walau semulia mana kita,
pasti akan melakukan dosa tetapi bergantung lah besar atau kecil...
jangan lah kalian bertanggapan bahawa diri kalian itu tiada gunanya lagi...
sebaliknya pk positif...langkah terbaik adalah dengan bertaubat kepadaNYA...

...mengimbau kembali dosa yang telah dia lakukan dalam hidupnya...
dia alpha atas nikmat yang telah diberikan...dia juga alpha mengejar duniawi..
malah dia juga alpha akan janji2 ALLAH...
dia juga alpha atas apakah tujuan dia hidup didunia ini...
nak kesal pon xberguna lagi sebab dia sendiri yang pilih jalan itu... 
dia berasa dirinya sangat hina disisiNYA... 
terasa dia tidak berhak hidup di alam yang penuh dengan barokah ciptaan Illahi...
sejak lahir hingga kini, dia telah melakukan dosa...
dia pernah meminta ampun kepadaNYA namun, 
dia tidak istiqomah melaksanakannya...
disebabkan terpedaya dengan dunia yang penuh dengan pancaroba...
tiada guna lagi dia menangis, menitis air mata darah sekali pon, tiada gunanya jika dia tidak kembali pada jalanNYA...
hari demi hari dia berasa hidupnya ini tiada gunanya lagi... 
terasa penat untuk menghadapinya buat kali berikutnya... dia rindu ingin jadi seperti dahulu...
rindu untuk memakai pakaian yang mulia yang melitup2...
menjaga segala yang telah diamanahkan olehNYA kepadanya...
atas sokongan sahabat2nya, dia berazam ingin kembali pada jalan itu semula...
walaupun perit yang dialami, walaupun trauma atas segala yang telah terjadi...
tetapi haruslah dia kuat menghadapinya...
dia harus yakin bahawa ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha bersungguh2 ingin ke jalanNYA... INSYAALLAH dia mampu melakukannya...
ALLAH!!! dia juga yakin ALLAH akan mengampunkan segala dosa2 nya yang lalu...
selagi dia bertaubat kepadaNYA... 

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
sesungguhnya, tiada Tuhan yang layak disembah meainkan ALLAH...DIA maha mengetahui akan sesuatu... 

terkejut???

....  terdetik hati mahu menghubungi seorang teman bernama izzati...
tidak tahu mengapa, rindu kepada teman itu... 
setelah bertye khabar, tbe2 teman itu ingin meminta pertolongan... oh,rupanya, DIA mendetik kan hati ku untuk menghubungi teman itu kerana dia memerlukan pertolongan... 
insyaAllah, dengan izinnya, sy mampu membantu nye...
disamping itu, ingin juga diri ini merapatkan ukhwah antara dia dan teman2...

tibe2, si teman itu ingin bertye kan sesuatu... silakan =)
tidak ku sangka,mengapa soalan yang sebegitu muncul dari bibir nya...
" kau dah nak kawen ke? "
hurm, diriku terpaku seketika... tidak tahu apa jawapan yang ingin dibalas...
baru ku tau bagaimana perasaan seorng temanku bila dia diaacukan soalan sebegitu rupa...
tp xmengapa, aku terus ertanye mengapa.. dia pon memberitahu post ku di fb ...
haha..nak tergelak je dengar... aku bertye adakah berkaitan post nikah khitbah itu??
mmg tepat sekali... aku menerangkan serba sedikit mengapa posting itu di post...
bukan niat apa2..juz mahu berkongsi ilmu dengan teman2 sekalian tentang itu...

seblum ini, sy pon tidak begitu mengambil berat tentang perkara itu...
perkara itu mula difikirkan apabila seorang teman bercakap tentang itu...
sy mula menganalisa dan membuat pemerhatian...
ye, sekarang ramai dikalangan teman2 kita terjebak dengan dunia percintaan dan ber"couple" ni...
bg sy, perkara itu akan mengundang kepada perzinaan...
kita bukan tidak boleh bercouple tetapi haruslah pada caranya....
islam itu memudahkan..ia tidak membebankan umatnya...

 nikah khitbah itu adalah nikah seperti biasa tetapi berdasarkan sedikit perjanjian antara pihak lelaki mahupun wanita... iaitu pasangan itu boleh melakukan apa sahaja sebagaimana org yang teah bernikah..
tetapi mereka tidak tinggal serumah dan segala perbenlanjaan mereka masih dibawah tanggungan parents mereka lagi... tetapi jika si lelaki itu sudah bersedia untuk menanggung si perempuan itu...
maka, bolehlah mereka duduk bersama...
islam memberi cara ini bagi golongan yang diharuskan berkahwin tetapi masih belum mampu melaksanakan tugasannya atas sebab2 tertentu...  cara ini digalakkan kepada remaja zaman sekarang yang terjebak dengak dunia bercouple ni...
daripada mereka menanggung dosa baik mereka menggunakan cara yang halal...
yang dibenarkan syarak... tetapi sy tidaklah menggalakkan juz sebagai langkah
penyelesaian bagi mengurangkan kemaksiatan berlaku...
tetapi haruslah kita ingat bahawa, cara ini juga mempunyai risiko...
orang yang benar2 bersabar, dah mampu mengawal emosinya mampu melaksanakannya sehingga berjaya...
tetapi mestilah kita faham betul2 konsep nikah khitbah ini...
ia juga salah satu cara bagi mengelakkan kemaksiaatan berlaku...

sekadar perkongsian yang mampu saya kongsi...
maaf jika terdapat salah dan silap ...
semua yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang baik itu adalah datang dari kelemahan diri sy sendiri...
jika ada kesilapan, silalah tegur sy =)
insyaAllah sy menerimanya dengan hati yang terbuka ...